ETIKA PEMAKAIAN | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» PANDUAN & PERATURAN » ETIKA PEMAKAIAN

ETIKA PEMAKAIAN

Peraturan pakaian pelajar yang ditetapkan oleh Universiti Putra Malaysia adalah seperti berikut:

  1. Semua pelajar hendaklah berpakaian yang sesuai dengan amalan biasa masyarakat Malaysia. Selaku bakal para intelek negara, pelajar perlulah sentiasa mengamalkan pemakaian pakaian yang bersih, kemas dan bersopan semasa berada di kampus.
  2. Pelajar tidak dibenarkan memakai pakaian yang mendedahkan tubuh badan mereka dan memakai penutup muka.
  3. Pelajar hendaklah patuh kepada semua arahan dan amalan pakaian yang dikuatkuasakan oleh fakulti /pusat /bahagian terutama di makmal, di ladang, semasa berurusan dengan pegawai universiti dan juga semasa menjalani latihan amali /mengajar dan sebagainya.
  4. Pelajar lelaki yang berambut pendek sahaja akan dibenar mendaftarkan diri. Sesiapa yang didapati tidak mematuhi peraturan rambut pendek adalah disifatkan sebagai melanggar peraturan universiti. Pelajar juga dilarang mewarnakan rambut mereka, selain daripada warna asal rambut.
  5. Peraturan Pakaian Pelajar:
    • Pelajar hendaklah berpakaian yang sesuai sebagai seorang pelajar universiti dengan menunjukkan kekemasan, kerapian, keceriaan dan kesopanan dalam berpakaian.
    • Pelajar diwajibkan berpakaian sopan (baju kemeja, T-berkolar, berkasut, berseluar panjang, berskirt panjang di bawah paras lutut).
    • Pelajar tidak dibenarkan berpakaian yang ketat dan mempamerkan susuk tubuh, mendedahkan tubuh badan, menjolok mata dan memakai penutup muka (berskirt di atas paras lutut atau berseluar pendek, berbaju T tanpa kolar, berbaju tanpa lengan, berseluar/berskirt ketat, berselipar, berpurdah, berseluar jeans lusuh, bertindik bagi lelaki dan keterlaluan bagi perem- puan) di tempat berikut:
      • Dewan Kuliah
      • Bilik Makmal
      • Pejabat Pentadbiran
      • Fakulti dan Pusat Pengajian
      • Perpustakaan
      • Pusat Kesihatan Universiti
      • Kolej Kediaman
    • Semasa berurusan rasmi atau berada di dewan kuliah tidak dibenarkan memakai topi.
    • Arahan pakaian ini tidak mengurangkan apa-apa arahan mengenai pakaian oleh mana-mana fakulti atau jabatan kepada pelajar masing-masing kerana tujuan-tujuan tertentu.

 

ETIKA PENAMPILAN PELAJAR

Pelajar adalah pelanggan kami. Pihak kami berhasrat memberikan perkhidmatan terbaik kepada anda jika anda mematuhi etika penampilan pelajar. Anda tidak akan dilayan dan dinafikan perkhidmatan jika tidak mematuhi etika penampilan pelajar di semua Kaunter Perkhidmatan, Pejabat, Dewan Besar, Dewan Kuliah, Bilik Tutorial, Perpustakaan dan Makmal.

 

Anda hanya akan dilayan jika: Anda TIDAK akan dilayan jika:

1. Mempamerkan kad matrik

2. Berambut kemas dan rapi antaranya:

  • Berambut pendek bagi lelaki
  • Berambut rapi bagi perempuan

 

3. Berpakaian kemas dan sopan
    antaranya:

  • Berbaju kemeja
  • Berbaju T-berkolar
  • Berbaju kurung
  • Berseluar panjang
  • Berskirt panjang di bawah paras lutut
  • Berkasut

1. Tidak mempamerkan kad matrik

2. Berambut tidak kemas dan tidak rapi
    antaranya:

  • Berambut panjang bagi lelaki
  • Berambut mengerbang bagi perempuan
  • Mewarnakan rambut

 

3. Berpakaian kurang sopan antaranya:

  • Mendedahkan tubuh badan
  • Berseluar pendek
  • Berseluar / skirt ketat
  • Berselipar / berkasut sandal
  • Bertindik bagi lelaki

 

Sumber rujukan: Garis Panduan Penampilan Pelajar

Kemaskini:: 17/08/2018 [zulkif]

PERKONGSIAN MEDIA

SXDcWAY~