PUTRA VISIBILITY | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» PENCAPAIAN » PUTRA VISIBILITY

PUTRA VISIBILITY

Pihak Pengurusan KOSASS selalu memantau dan meningkat kualiti kemudahan awam atau bilik penginapan kolej, dengan penglibatan aktif dalam pelbagai acara Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) UPM, serta audit dan pemeriksaan yang dijalankan secara berkala. Setakat ini, beberapa kejayaan telah dikecapi seperti yang disenaraikan.

Sekretariat Komunikasi & Penerbitan dan semua ahli Majlis Perwakilan Kolej KOSASS, turut bergiat aktif untuk menyebarkan sebarang informasi, berita, dan laporan aktiviti pelajar KOSASS, UPM, mahupun universiti lain, daripada atau kepada luar masyarakat. Pelbagai teknik komunikasi secara infografik atau videografik juga dipraktikkan dalam mengurus dan mengemaskini pelbagai saluran media sosial, laman web serta penerbitan majalah Intan Nilam KOSASS.

Usaha dan kerjasama antara Pihak Pengurusan KOSASS dan semua ahli Majlis Perwakilan Kolej KOSASS akan memastikan nama baik KOSASS, mahupun UPM disandang di persada seluruh dunia.

Kemaskini:: 25/11/2019 [zulkif]

PERKONGSIAN MEDIA

SXETPAo~