Bengkel Laporan Pencapaian KPI 2022 Serta Rancangan Tindakan 2023 Entiti HEPA | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» BERITA » Bengkel Laporan Pencapaian KPI 2022 serta Rancangan Tindakan 2023 Entiti HEPA

Bengkel Laporan Pencapaian KPI 2022 serta Rancangan Tindakan 2023 Entiti HEPA

 

 

 

KOSASS : Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan Pegawai Tadbir entiti di bawah Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) telah menyertai Bengkel Laporan Pencapaian KPI 2022 serta Rancangan Tindakan 2023 Entiti HEPA pada 5 Januari 2023 (Khamis) bertempat di Balai Minda, Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS).

 

Bengkel tersebut dimulakan dengan ucapan daripada Yang Berbahagia Profesor Dr. Arifin Abdu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal. Dalam ucapannya sukacita beliau kongsikan KPI 2022 yang telah ditetapkan kesemuanya mencapai sasaran dan mengucapkan tahniah kepada semua entiti di bawah HEPA yang menyumbang kepada pencapaian sasaran tersebut. YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu juga ada menekankan peranan setiap entiti HEPA dalam menyumbang kepada pembangunan pelajar dan pencapaian KPI HEPA.

Antara pengisian bengkel tersebut adalah perkongsian Laporan Pencapaian KPI Kolej Kediaman, Pusat Perhubungan Alumni, Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan, Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Bahagian Kaunseling dan Bahagian Perumahan dan Penempatan Pelajar.

Tarikh Input: 12/01/2023 | Kemaskini: 12/01/2023 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXEZPAy~