LAPORAN BERITA PROGRAM MINGGUAN: TAZKIRAH KOLEGIAT SKUAD IQRA’ | SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH COLLEGE
» NEWS » LAPORAN BERITA PROGRAM MINGGUAN: TAZKIRAH KOLEGIAT SKUAD IQRA’

LAPORAN BERITA PROGRAM MINGGUAN: TAZKIRAH KOLEGIAT SKUAD IQRA’

    

 

LAPORAN BERITA 
PROGRAM MINGGUAN: TAZKIRAH KOLEGIAT SKUAD IQRA’

Program kerohanian merupakan aktiviti keagamaan yang mampu membina jati diri mahasiswa. Pada bulan November dan Disember yang lalu, Kelab Skuad Iqra’, Exco Kerohanian dan Pembangunan Insan Majlis Perwakilan Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah telah mengadakan program Tazkirah Kolegiat pada setiap hari Selasa jam 8.30 malam melalui medium Google Meet. Tazkirah Kolegiat ialah program yang memberi peluang kepada kolegiat KOSASS untuk menambahkan ilmu pengetahuan melalui perkongsian yang disampaikan oleh penyampai tazkirah yang telah ditetapkan bagi setiap minggu.

Pada bulan November yang lalu, Skuad Iqra’ telah memilih beberapa orang hebat untuk berkongsikan ilmu pengetahuan kepada para kolegiat. Antaranya ialah Saudara Akasyah bin Azman yang merupakan Mantan Sekretariat Kerohanian dan Pembangunan Sahsiah sesi 2019/2020 telah memberikan perkongsian berkaitan dengan “Biah Solehah”. Antara perkongsian yang diberikan adalah cara untuk mewujudkan biah solehah dalam kolej, apakah itu biah solehah dan pelbagai lagi. Seterusnya disampaikan oleh Saudara Muhammad Azraei bin Arizan, Exco Kerohanian dan Pembangunan Insan sesi 2020/2021 berkaitan dengan “Mampukah Kita Ke Syurga?”. Banyak input menarik yang telah dikongsikan antaranya ialah berfikir dahulu sebelum bertindak kerana setiap tindakan yang dilakukan mendatangkan kesan pada individu tersebut sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak. Selain itu, Saudara Muhammad Firdaus bin Mohamed Noh yang merupakan Mantan Pengerusi Skuad Iqra’ sesi 2019/2020 berkaitan “Solat yang Khusyuk”, Saudara Hasnul Hadi bin Hasnol, Mantan Majlis Tertinggi Mahasiswa Sekretariat Pembangunan Sahsiah dan Integriti Kolej Kedua sesi 2018/2019 yang membawa tajuk “Kita Sebagai Pendakwah” dimana dia telah berkongsi berkaitan tangunggjawab seorang pendakwah, uslub dakwah yang digunakan dalam melaksanakannya dan beberapa input menarik lagi.

Pada bulan Disember pula, penyampai tazkirah yang dibawakan juga merupakan orang yang hebat seperti Zaim Zuhdi, Pengerusi Skuad Iqra’ sesi 20/21, Ahmad Amirul Hakeem, Ketua Surau Al-Huda, Zahid Yazid, Bendahari 2 Skuad Iqra’ dan Ariff merupakan Mantan MPK Kerohanian sesi lepas. Banyak ilmu dan pengetahuan yang telah dikongsikan oleh mereka bukan sahaja dari segi rohani semata-mata, malah mereka juga banyak berkongsikan dari aspek kehidupan sebagai seorang manusia. Dari segi penyertaan pula, program ini mendapat sambutan yang baik dimana seramai 197 orang kolegiat secara puratanya hadir ke tazkirah kolegiat pada setiap minggu. 
Berdasarkan program ini, jelaslah terbukti bahawa masih ramai pelajar yang mempunyai kesedaran untuk menambahkan lagi ilmu kerohanian dalam diri mereka.
Oleh yang demikian, program Tazkirah Kolegiat ini ternyata telah memberikan impak yang positif buat diri para pelajar. Banyak pengetahuan, peringatan juga nasihat yang dikongsikan dalam program ini. Diharapkan agar program ini terus mendapat sambutan yang baik oleh warga kolej yang tidak lelah berusaha mencari pengetahuan dalam perbaiki diri supaya dapat menjadi orang yang lebih baik pada masa akan datang.

Editor: Nur Liyana Nadirah binti Abdul Razak

Date of Input: | Updated: |

MEDIA SHARING

SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXEUCAd~