Program Daya Karya | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» BERITA » Program Daya Karya

Program Daya Karya

Program Daya Karya merupakan program anjuran Sekretariat Kebudayaan dan Kesenian, Majlis Perwakilan Kolej (MPK), Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) Sesi 2021/2022 dengan kerjasama Pengurusan Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS), Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Razak, Universiti Teknologi Malaysia, Jawatankuasa Kolej Kediaman Siswa/Siswi Kasturi, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Jawatankuasa Kelab Lestari Warisan, Universiti Malaysia Kelantan dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Universiti Putra Malaysia. Program ini telah dijalankan bermula 7 hingga 9 Januari 2022 secara dalam talian. Terdapat tiga sesi perkongsian yang dijalankan sepanjang program ini dan telah berlangsung menerusi YouTube KOSASS Channel. Peserta bagi program ini adalah terdiri daripada mahasiswa daripada Universiti Putra Malaysia, Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Teknikal Malaysia Melaka dan Universiti Teknologi Malaysia.

 

Pengetua Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS), Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid bin Arshad sedang memberikan ucapan.

 

Program Daya Karya ini telah membuka tirainya dengan Sesi Perkongsian Satu: Perkongsian Seni Penciptaan Lagu pada 7 Januari 2022 oleh Encik Mohamad Amirullah Bin Jahari.  Encik Mohamad Amirullah Bin Jahari, atau turut dikenali sebagai Encik Amir Jahari,  merupakan seorang penyanyi dan penulis lagu yang terkenal di Malaysia. Dalam sesi ini, beliau telah berkongsi mengenai cara-cara untuk menulis lirik lagu dan penggubahan muzik.

Pada sesi kedua perkongsian yang dijalankan pada 8 Januari 2022 pula telah berlangsungnya Sesi Perkongsian Dua: Perkongsian Pementasan Teater oleh Encik Mohd Zaki Bin Ahmad yang merupakan Ketua Bahagian Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan Pusat Kebudayaan Universiti Malaysia Pahang. Terdapat banyak intipati dan pengalaman yang sangat menarik telah disampaikan dalam tempoh dua jam perkongsian ini.

Persembahan tarian tradisional oleh AJK Anak Tari, Sartural Fansuri, Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah.

     Pada 9 Januari 2022, Majlis Penutupan Daya Karya dan Sesi Perkongsian Tiga: Perkongsian Kisah Anak Tari telah dijalankan. Majlis Penutupan Daya Karya ini telah dirasmikan oleh Pengetua Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS), Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid bin Arshad. Selain itu, para penonton turut disajikan dengan video persembahan yang telah disediakan oleh Kelab Sartural Fansuri, Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah. Seterusnya, program Daya Karya melabuhkan tirainya dengan sesi perkongsian daripada panel penceramah iaitu Encik Muhammad Ikmal Azmar Bin Azmi.  Encik Muhammad Ikmal Azmar Bin Azmi merupakan seorang guru dan alumni Universiti Putra Malaysia. Dalam sesi ini, beliau telah berkongsi mengenai cara-cara untuk membentuk sebuah persembahan yang unik dan mampu meninggalkan impak kepada sesiapa yang melihatnya.

 

Sesi Perkongsian Satu: Perkongsian Seni Penciptaan Lagu oleh Encik Mohamad Amirullah Bin Jahari

 

 

 

Sesi Perkongsian Dua: Perkongsian Pementasan Teater oleh Encik Mohd Zaki Bin Ahmad.

 

Sesi Perkongsian Tiga: Perkongsian Kisah Anak Tari oleh Encik Muhammad Ikmal Azmar Bin Azmi.

 

 

 

Tarikh Input: 24/01/2022 | Kemaskini: 24/01/2022 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXFFQAx~