SOALAN LAZIM | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» SOALAN LAZIM

SOALAN LAZIM

KOLEJ
1
1. Bagaimakah KOSASS ditubuhkan?

Pada 15 Februari 1982, satu lagi detik bersejarah bagi Universiti Pertanian Malaysia (nama lama bagi Universiti Putra Malaysia) telah berlaku apabila mercu tanda pembukaan Kolej Kediaman Ke-7 (KK7) telah didirikan dengan tertanamnya tiang seri Kolej Kediaman Ke-7 (KK7). Tujuan asal penubuhan kolej ini adalah untuk penempatan Anggota Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) UPM. Urusan pentadbiran kolej ini telah dimulakan secara rasmi pada 8 Mac 1982 tepat pada jam 8.00 pagi. Pada 2 Julai 1983, kolej ini menerima pendaftaran kemasukan pelajar baharu yang berjumlah 650 orang. Kolej Kediaman Ke-7 (KK7) telah dirasmikan pada 4 Oktober 1983 oleh Y. Bhg. Dato’ Mohd. Noor Bin Ismail selaku Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Pembangunan Universiti Pertanian Malaysia pada masa itu. Rujuk : Sejarah Penubuhan

2
2. Bagaimanakah nama kolej ditukar?

Pada tanggal 25 April 1996 bersamaan 7 Zulhijjah 1416 hijrah, secara rasminya nama Kolej Kediaman Ke-7 (KK7) telah bertukar menjadi Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS). Majlis perasmian ini telah dilaksanakan oleh cucunda baginda iaitu DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.Nama Almarhum Sultan Alaeddin Suleiman Shah dipilih berdasarkan jasa dan sumbangan baginda kepada Universiti Pertanian Malaysia dalam melahirkan insan-insan yang berwibawa dalam membangunkan negara. Tambahan pula, baginda merupakan perasmi Sekolah Pertanian Malaya, iaitu nama asal Universiti Pertanian Malaysia. Gabungan sejarah lalu dan kecemerlangan warga koleh telah menjadikan KOSASS sebagai salah sebuah kolej terbaik di Universiti Putra Malaysia. (Rujuk : Sejarah Penubuhan )

3
3. Dimanakah terletaknya KOSASS?

KOSASS merupakan Kolej Ketujuh antara 17 buah kolej kediaman di dalam Universiti Putra Malaysia yang terletak di antara ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA), Malaysia. Jaraknya adalah kira-kira 25km dari Kuala Lumpur dan 45km dari KLIA. (Latitud = 2.9941809; Longitud = 101.7046237) KOSASS terletak di Google Maps

4
4. Adakah KOSASS menyediakan kemudahan penginapan untuk pelajar?

Ya. Rujuk maklumat di sini

5
5. Di manakah saya boleh memperolehi maklumat syarat kemasukan?

Syarat kemasukan akademik am boleh didapati melalui pautan www.akademik.upm.edu.my untuk pengajian prasiswazah dan www.sgs.upm.edu.my untukpengajian pasca siswazah.  

6
6.Apakah kemudahan yang disediakan di KOSASS?

Pelbagai kemudahan yang terdapat di Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah antaranya Kafeteria, Kedai Runcit, Perkhidmatan Dobi Layan Diri, Surau, Vending Machine, Ruang Belajar Terbuka, Dewan Serbaguna dan Gelanggang Permainan. Rujuk di sini : Kemudahan

7
7.Apakah makanan atau barangan yang dapat dibeli di KOSASS?

Kafeteria yang terletak bersebelahan Blok Rusa menyediakan nasi campur, nasi ayam, mee sup, dan pelbagai jenis minuman. Pelbagai barang runcit dijual di kiosk KOSASS yang bernama Eco-7 seperti mi segera, biskut, shampoo, sabun, berus gigi, ubat gigi, baldi air dan sebagainya. Rujuk di sini

8
8. Adakah mesin basuh atau perkhidmatan dobi disediakan di dalam kolej?

Ya. Perkhidmatan mesin basuh layan diri terdapat di KOSASS dan terletak di bahagian bawah Blok Pelanduk untuk kegunaan warga KOSASS. Rujuk di sini

9
9. Adakah perkhidmatan pengangkutan yang telah disediakan di dalam kolej jika saya ingin keluar atau balik ke kampung asal?

Tidak. Namun begitu, bas UPM ada disediakan di Putra Food Court yang terletak 1.5km daripada KOSASS dan mengambil masa untuk berjalan kaki selama 7 minit sahaja. Pelajar juga boleh mendapatkan 'grab car' melalui aplikasi telefon bimbit. Rujuk Jadual Bas UPM di Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) UPM


BAYARAN
10
Berapa kadar bayaran penginapan yang dikenakan untuk menginap di kolej ?

RM 4.00 seorang sehari (pelajar UPM, IPTA lain dan pelajar sekolah)
RM 9.00 seorang sehari (pelajar antarabangsa) (rujukan bayaran : Kadar Bayaran)   

11
Bagaimanakah cara untuk memohon penyewaan penginapan di kolej ?

Permohonan boleh dikemukakan terus ke pejabat am kolej berkaitan (rujuk laman web UPM di www.upm.edu.my)

Kemaskini:: 15/10/2019 [zulkif]

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXDTRAk~