Program Gotong-royong Stor Besar | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» BERITA » Program gotong-royong Stor Besar

Program gotong-royong Stor Besar

 

 

 

 

KOSASS : Komitmen staf pentadbiran Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) dalam usaha membersihkan dan mengemas Stor Besar KOSASS perlu diteruskan di kawasan sekitar kolej.

  

Program gotong-royong Stor Besar telah dijalankan pada 27 Januari 2023 (Jumaat) melibatkan kesemua 10 orang staf termasuk Pengetua dan Pegawai Tadbir. Gotong royong dimulakan dengan mengkelaskan barangan mengikut keperluan seperti barang lupus, barang bagi jualan besi buruk, stok baik pulih dan barang untuk dibuang.

Program seperti ini dapat memupuk semangat kerja berpasukan dalam kalangan staf kolej selain dapat mewujudkan persekitaran tempat kerja yang bersih dan selamat. Elemen kemas yang diterapkan dalam Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) telah berjaya diterapkan dan diamalkan oleh staf pentadbiran kolej.

Pengetua kolej sendiri berharap program seperti ini dapat diteruskan dengan penglibatan daripada felo dan kolegiat KOSASS sendiri. Kebersihan dan keselamatan kolej adalah tanggungjawab bersama semua entiti yang berada di KOSASS. Moga KOSASS terus bersih, selamat dan cemerlang.

 

                                                                                      

Tarikh Input: 04/02/2023 | Kemaskini: 04/02/2023 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXEePAK~