Towards A Brighter Future (TBF) | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» BERITA » Towards a Brighter Future (TBF)

Towards a Brighter Future (TBF)

 

Towards a Brighter Future (TBF) telah diadakan pada 15 Januari 2022 (Sabtu) yang melibatkan dua orang panel jemputan iaitu Puan Nur Ilyani Syuhada binti Nasri dan Puan Noorfadhila binti Zakaria. Mereka merupakan alumni UPM kelas 2018 dan 2014. Topik yang dibincangkan adalah mengenai kerjaya dalam sektor kerajaan atau Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Puan Ilyani merupakan Pegawai Tadbir Diplomatik, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia. Manakala, Puan Fadhila merupakan Penolong Pengarah di Majlis Keselamatan Negara (MKN), Negeri Kelantan. Berdasarkan perkongsian ini, dapat dilihat bahawa jawatan yang pernah disandang oleh kedua-dua panel dalam sektor kerajaan menunjukkan mereka sangat berpengalaman dalam bidang tersebut dan mampu memberikan pelbagai ilmu yang bermanfaat kepada para peserta.

Seterusnya, perbincangan diteruskan lagi dengan perkongsian mengenai kerjaya dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dengan lebih jelas. Puan Ilyani menerangkan elemen-elemen atau kriteria penting yang diperlukan oleh setiap individu bagi membolehkan mereka diterima bekerja dalam sektor kerajaan. Selain itu, beliau juga telah memberi panduan dan penerangan kepada peserta dalam menghadapi sesi temuduga iaitu dari segi keberkesanan komunikasi, keterampilan, sikap profesional calon dan sebagainya. 

Seterusnya, Puan Fadhila juga berkongsi kepada para peserta tentang cabaran yang beliau hadapi dalam menguruskan masa sebagai seorang pelajar pasca siswazah dan penjawat awam. Beliau menyatakan bahawa teknik pengurusan masa yang baik sangat penting iaitu dengan mengutamakan perkara-perkara penting dahulu sebelum menguruskan hal-hal lain. Justeru, perkara ini dapat dijadikan contoh yang baik kepada para pelajar supaya dapat menguruskan masa dengan baik dalam menjalani proses pembelajaran dan dalam masa yang sama tidak mengabaikan tanggungjawab yang lain.  

Perkongsian tidak berakhir sehingga panel Puan Ilyani berkongsi maklumat-maklumat penting mengenai SPA dengan lebih jelas dan terperinci. Kedua-dua panel juga memberi panduan untuk melayakkan individu tersebut untuk bekerja dalam sektor kerajaan. Mereka juga mengingatkan peserta untuk sentiasa membaca buku panduan sebelum mengisi apa-apa permohonan di peringkat SPA. Oleh itu, setiap pelajar haruslah bersiap sedia sebelum bergelar graduan iaitu dari segi kemahiran insaniah seperti sifat kepimpinan, cara berkomunikasi, jati diri yang tinggi dan sebagainya supaya mereka mampu menghadapi cabaran ketika menempuh alam pekerjaan kelak.

Tarikh Input: 21/01/2022 | Kemaskini: 21/01/2022 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXFFPAa~