Hari Kualiti Dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) Universiti Putra Malaysia (UPM) 2017. | SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH COLLEGE
» NEWS » Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) Universiti Putra Malaysia (UPM) 2017.

Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) Universiti Putra Malaysia (UPM) 2017.

Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah gondol Anugerah Indeks Akauntabiliti (Kategori Aset dan inventori PTJ melebihi 300 unit dan kurang dari 1,200 unit)

 


  

KOSASS, 10 Nov - Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah memenangi Anugerah Indeks Akauntabiliti, pada majlis sambutan Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) Universiti Putra Malaysia (UPM) 2017.

Kumpulan daripada kolej itu menerima wang tunai RM1,500 dan sijil pada majlis sambutan HKIP di sini hari ini.


Sementara itu Anugerah Indeks Akauntabiliti (Kategori Aset dan inventori PTJ melebihi 1,200 unit),Dimenangi oleh kolej ke-2, sementara Anugerah Indeks Akauntabiliti (Kategori Aset dan inventori PTJ kurang dari 300 unit) dimenangi oleh kolej Empat Belas.

Ketika berucap pada majlis itu, Naib Canselor, Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris berkata, semua warga UPM perlu terus menyemarakkan budaya kualiti dan inovasi dalam perkhidmatan kerana penghayatan kepada budaya itu menjadi penentu kepada penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan.

“Inovasi perlu menjadi budaya dan amalan yang sebati dalam setiap warga UPM, tidak kira peringkat dan skim perkhidmatan, bagi mencipta pelbagai produk dan pembaharuan untuk kita sentiasa cemerlang berdaya saing dalam industri pendidikan tinggi,” katanya.

Beliau berkata, penambahbaikan dalam kualiti penyampaian perkhidmatan amat penting agar UPM terus menjadi pilihan pihak-pihak yang berkepentingan (stakeholders) sama ada dari dalam mahupun luar negara.

Updated:: 17/11/2017 [zulkif]

MEDIA SHARING

SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389467382
0389467383
C1513310834