KOSASS | SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH COLLEGE
» NEWS » KOSASS

KOSASS

KOSASS: KOSASS YOUTH CARNIVAL KYC2017 telah melabuhkan tirainya pada 26 Mac yang lalu setelah dilangsungkan karnival selama lima hari yang bermula dari 22 Mac hingga 26 mac 2017. karnival ini diadakan buat pertama kalinya oleh Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah dengan kerjasama pihak pengurusan kolej serta Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM. Karnival pada kali ini bertema kan "Future Knowledge Leader" bertujuan menggalakkan mahasiswa menimba ilmu dan dalam masa yang sama berasa seronok dengan aktiviti yang dijalankan. Pelbagai aktiviti dan slot menarik telah berlangsung sepanjang lima hari dilaksanakan. Banyak gerai jualan untuk para peniaga luar serta pelajar disediakan. Antara aktiviti menarik ialah slot Aku dan Cakerawala, Youth and Money dan Nilai Graduan sepanjang tiga malam. Pada hari Sabtu, KYC17 memganjurkan larian 5km yang diberi nama "Tactical Run" dengan tema "Boost Your Adrenaline". Larian ini membawa konsep baru iaitu berlari sambil membawa beban. Seterusnya, permainan yang diberi nama "The Gladiator" atau "Pillow Fight" yang ditaja oleh DAS Abdul Global. Pada hari terakhir, KYC17 membawakan kepada "Lets Colour" iaitu pertandingan mewarna yang ditaja oleh Persatuan Wawasan Wanita Malaysia. Semoga berjumpa lagi di karnival akan datang.

  

Updated:: 27/04/2017 [zulkif]

MEDIA SHARING

SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389467382
0389467383
C1511587336