SUMBANGAN COVID19 | SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH COLLEGE
» NEWS » SUMBANGAN COVID19

SUMBANGAN COVID19

   Ribuan terima kasih diucapkan oleh semua warga KOSASS kepada YBhg. Dato Seri Mazlan Lazim, Ketua Polis Kuala Lumpur dan juga alumni KK7/KOSASS, sudi meluangkan masa beliau hadir ke kolej pada hari ini (3 April 2020), untuk mewakili Alumni PALAPES UPM (ALPUTRA), bersama dengan Persatuan Anak Melayu Johor dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, dengan besar hatinya, mendermakan bekalan makanan kepada para pelajar dan felo Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) UPM.

Sumbangan bantuan makanan ini telah menunjukkan usahasama antara Alumni KK7/KOSASS serta keprihatinan mereka terhadap pelajar yang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan(PKP). Sekali lagi diucapkan ribuan terima kasih kepada para alumni dan pihak-pihak tersebut kerana bantuan dan sokongan yang diberi ini amat penting dan bermakna kepada kita, khususnya dalam masa yang sama-sama susah ini. Keranamu, KOSASS lebih tersayang.

Date of Input: 04/04/2020 | Updated: 10/06/2020 | zulkif

MEDIA SHARING

SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXFHBAI~