MENEROKAI BUDAYA DALAM PERJALANAN SAWADEE KOSASS-THAI NEXUS
UNIVERSITI THAKSIN, KAMPUS SONGKHLA, THAILAND – Pada 17 hingga 23 Ogos 2024 telah diadakan Program KOSASS-Thai Nexus yang merupakan salah satu Mobiliti Outbound Program yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Kolej Sesi 2023/2024 bertempat di Universiti Thaksin, Kampus Songkhla, Thailand. Seramai 39 peserta daripada kolegiat Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) menyertai program ‘KOSASS-Thai Nexus’ disambut baik dan mesra oleh pengurusan, pensyarah, pelajar termasuk Timbalan Dekan dari Universiti Thaksin, Kampus Songkhla. Delagasi KOSASS telah diketuai oleh Pegawai Tadbir, Pn. Nur Fazrina Ismail dan Ketua Felo KOSASS, En. Ahmad Alfan Hidayat.