KELESTARIAN HIJAU | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» KELESTARIAN HIJAU

KELESTARIAN HIJAU

KOSASS mendukung sepenuhnya aspirasi Universiti Putra Malaysia dalam memperkasa kelestarian menerusi inisiatif PUTRA (Pertanian Untuk Rakyat) dan Pelan Strategik Keterjaminan Makanan. Selaras dengan peranan UPM sebagai universiti pertanian terunggul, KOSASS mengambil pendekatan holistik dalam memupuk budaya hijau dan kesedaran ekologi dalam kalangan warganya.

Melalui penglibatan aktif Kelab Gempur Tani KOSASS, pelbagai aktiviti berasaskan pertanian lestari, pengurusan sisa, dan penggunaan sumber secara berhemah dilaksanakan bagi menyokong keterjaminan makanan komuniti serta pembangunan mampan. Inisiatif ini turut seiring dengan pelaksanaan EKSA dan usaha mewujudkan persekitaran kolej yang bersih, hijau dan kondusif.

Kelestarian hijau bukan sekadar komitmen – ia adalah tanggungjawab bersama dalam membina masa depan yang berdaya tahan dan seimbang.

2024/2025 2025/2026 2026/2027 ...selanjutnya...
Serdang, 14 Jun 2025 – Malam Bintang Prima KOSASS (MBPK) 2025 telah berlangsung dengan penuh...selanjutnya...
KOSASS, 11 Oktober 2024 – Tapak A dan B Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS),...selanjutnya...
S, (03:56:47am-04:01:47am, 15 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]