PENCAPAIAN & ANUGERAH | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH

» PENCAPAIAN & ANUGERAH

PENCAPAIAN & ANUGERAH

ANUGERAH BAKTI DIKENANG

Anugerah Bakti Dikenang ialah anugerah yang akan diberikan kepada Pelajar Tahun Akhir KOSASS berdasarkan kelayakan kriteria yang digariskan. Anugerah ini akan diberikan semasa Majlis Malam Apresiasi Semai Budi iaitu majlis makan malam bagi kolegiat KOSASS.

Senarai Anugerah:

1.ANUGERAH PERMATA KOSASS    

  • Anugerah Utama Anugerah Bakti Dikenang.
  • Permata merujuk kepada sesuatu yang berharga, bernilai, dan kekayaan yang tiada tolok bandingnya. Penerima anugerah merupakan individu yang cemerlang dari segi akademik mahupun kokurikulum. Selain itu, penerima anugerah juga mempunyai kepemimpinan yang tinggi dan sahsiah yang terpuji.

2. ANUGERAH PINTAR, HARMONI, CEMERLANG

  • Anugerah ini diberikan bagi mengiktiraf individu yang telah menyumbangkan bakti luar biasa kepada kolej. Individu ini mempunyai jati diri yang kuat, tidak mementingkan diri sendiri dan tidak mudah putus asa. Jasa dan semangat yang ditonjolkan boleh menjadi contoh dan teladan kepada warga kosass agar menjadi mahasiswa yang gemilang dan terbilang.

3. ANUGERAH PERDANA ZAMRUD

  • Zamrud melambangkan kepada sifat kesungguhan dan ketinggian kepemimpinan yang wujud dalam diri penerima.

4. ANUGERAH NILAM BESTARI

  •   Bestari merujuk kepada berpendidikan baik lagi luas pengetahuannya.

5. ANUGERAH PERKASA BAIDURI

  • Baiduri merujuk kepada kepelbagaian warna selaras dengan kehebatan individu dalam pelbagai jenis sukan dan permainan.

6. ANUGERAH BERLIAN SAHMURA

  • Sahmura merujuk kepada lambang keberanian, berani untuk menampilkan diri di khalayak ramai, mempunyai daya tarikan yang tersendiri, dan kaya dengan bakat. Ketiga-tiga elemen ini merujuk kepada kepribadian seseorang penggiat seni dan budaya. Anugerah ini terbahagi kepada dua kategori iaitu budayawan dan budayawati.

7. ANUGERAH ALUMNI KOSASS

  • Anugerah ini disampaikan kepada individu yang berpotensi untuk memberi sumbang bakti terhadap kolej walaupun telah tamat pengajiannya.

8. ANUGERAH KHAS PENGETUA

  • Anugerah ini disampaikan kepada individu yang telah banyak menyumbangkan jasa dan bakti dalam pelbagai aspek, mempunyai daya kepimpinan yang terbaik dan mesra dengan semua pihak.

2025

2024

2023

2022

2021

2020

 

 

 

 

 

 

 

 

2024   2022   2021 ...selanjutnya...
Anugerah Utama Anugerah Bakti Dikenang. Permata merujuk kepada sesuatu yang berharga, bernilai,...selanjutnya...
Anugerah ini disampaikan kepada individu yang berpotensi untuk memberi sumbang bakti terhadap kolej...selanjutnya...
X, (04:27:15am-04:32:15am, 29 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]