A DAY WITH ALUMNI 9.0 (ADWA 9.0) | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» BERITA » A DAY WITH ALUMNI 9.0 (ADWA 9.0)

A DAY WITH ALUMNI 9.0 (ADWA 9.0)

Sekretariat Perhubungan Alumni dan Kerjaya, Majlis Perwakilan Kolej (MPK), Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) Sesi 2023/2024 dengan kerjasama Pihak Pengurusan KOSASS dan ROTU Intake 8 telah menganjurkan A Day With Alumni 9.0 (ADWA 9.0) pada 26 Ogos 2023 bertempat di Balai Minda, Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS). A Day With Alumni 9.0 (ADWA 9.0) merupakan satu program di KOSASS yang diadakan untuk meraikan kepulangan alumni Kolej Kediaman 7 @ ROTU Intake 8 ke kolej dengan meluangkan hari bersama kolegiat KOSASS yang berada di kolej. Secara tidak langsung, program ini juga bertujuan untuk memudahkan urusan ROTU Intake 8 bagi mengadakan Reunion ROTU Intake 8 yang telah sekian lama berpisah bagi mengimbau kembali memori 35 tahun yang lepas serta berkongsi pengalaman di kolej kepada kolegiat KOSASS. Program ini telah mendapat sambutan yang amat meriah apabila kedatangan ROTU Intake 8 seramai 50 orang telah hadir bagi memeriahkan lagi suasana program tersebut dengan melakukan aktiviti bersama kolegiat yang terlibat. Di samping itu, aktiviti yang diadakan sepanjang program merupakan salah satu inisiatif bagi mengeratkan lagi hubungan antara alumni dan juga kolegiat tanpa mengira pangkat dan umur.

 

Program ini telah dihadiri oleh Yang Berusaha Prof. Madya Dr. Mohd. Mursyid bin Arshad, Pengetua Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS), Tuan Hj Abd Rahim, Pengerusi Reunion ROTU Intake 8 juga merupakan Alumni Kolej Kediaman ke-7, ROTU Intake 8 dan kolegiat KOSASS. Program ini juga mengalukan kedatangan Sheikh Abdul Karim Al-Makki sebagai Imam Jemputan Khas bagi Solat Zohor dan menyampaikan tazkirah kepada tetamu yang hadir seusai Solat Zohor secara berjemaah. Kejayaan A Day With Alumni 9.0 (ADWA 9.0) adalah hasil kerjasama semua ahli jawatankuasa yang telah bertungkus-lumus dalam menyumbang tenaga dan usaha dari awal program sehingga ke penghujung.

   

 Antara alumni ROTU Intake 8 yang hadir ke A Day With Alumni (ADWA 9.0)

Sesi Penyampaian hadiah kepada pemenang

 

Ucapan Alu-aluan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd. Mursyid bin Arshad, Pengetua KOSASS

 

Penyerahan Cenderamata dari pihak alumni ROTU Intake 8 kepada pihak KOSASS

 

Sesi bergambar bersama tetamu yang hadir ke program A Day With Alumni (ADWA 9.0)

 

Tarikh Input: 06/09/2023 | Kemaskini: 06/09/2023 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXFBXAo~