A Day With Alumni (ADWA) 7.0 | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» BERITA » A Day with Alumni (ADWA) 7.0

A Day with Alumni (ADWA) 7.0

 

A Day with Alumni (ADWA) 7.0 diadakan pada 12 November 2021 (Jumaat) yang melibatkan dua orang panel jemputan iaitu Cik Noorazeaty Maulad binti Mohd Khalif dan Encik Muhammad Hafizul bin Yusran. Mereka merupakan alumni Kolej Kedua dan alumni KOSASS yang telah bergraduat dan merupakan alumni kelas 2019. Topik yang dibincangkan adalah “Membina Empayar Perniagaan dalam Meniti Arus Pemodenan” dengan bertemakan keusahawanan. Perbincangan antara panel dimulakan dengan perkongsian tentang serba sedikit mengenai latar belakang perusahaan mereka. Cik Noorazeaty merupakan penasihat kewangan dan pengasas Delish Chocolate. Manakala, encik Hafizul merupakan pengasas dan pengurus bagi perniagaan Ready to Cook (R2C) Grocer. Berdasarkan perkongsian ini, kita dapat lihat bahawa minat dan usaha kedua-dua panel ini dalam bidang perniagaan dari zaman universiti dapat menunjukkan impak yang cemerlang sehingga berjaya mengurus dan mengasas perniagaan sendiri.

 

Seterusnya, perbincangan diteruskan lagi dengan perkongsian mengenai cabaran yang terpaksa mereka hadapi ketika dalam proses membina perusahaan masing-masing. Encik Hafizul dan cik Zeaty menyatakan bahawa mereka berpendapat cabaran yang terbesar perlu dihadapi ialah ketika berdepan dengan pesaing dalam industri tersebut. Walau bagaimanapun, kedua-dua panel mengambil perkara tersebut dalam perspektif yang positif supaya lebih berusaha dengan gigih serta sentiasa berfikiran kreatif dan kritis dalam memajukan perniagaan mereka. Berdasarkan apa yang dinyatakan oleh panel- panel ini, dapatlah kita simpulkan bahawa apabila kita sentiasa berfikiran positif, maka perkara yang positif juga akan berbalik kepada diri kita sendiri supaya dapat lebih memajukan diri kehadapan.

Selain itu, program ADWA 7.0 ini telah mencapai objektif-objektif yang disasarkan dan berjaya dijalankan dengan lancar. Kebanyakan peserta program menyatakan mereka mendapat banyak maklumat yang bagus untuk kegunaan masa hadapan. Namun, terdapat beberapa penambahbaikan daripada peserta seperti para panel perlu mempunyai capaian internet yang bagus, menjemput lebih ramai panel dan menambahkan lagi masa untuk sesi soal jawab.

Tarikh Input: 22/11/2021 | Kemaskini: 22/11/2021 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXEbAAT~