AKTIVITI MENGECAT | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» BERITA » AKTIVITI MENGECAT

AKTIVITI MENGECAT

 

Majlis Perwakilan Kolej (MPK) telah mengadakan aktiviti mengecat kawasan Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) selama dua hari iaitu pada 9 dan 10 Mac 2023. Sehari sebelum kejadian, perjumpaan telah diadakan antara Majlis Perwakilan Kolej (MPK) untuk diberikan penerangan lanjut mengenai aktiviti yang bakal dilaksanakan. Perjumpaan tersebut dipengerusikan oleh saudari Nur Amirah Izzati binti Mustapa, Naib Presiden 1 Majlis Perwakilan Kolej (MPK), Kolej Sultan AlaeddinSuleiman Shah (KOSASS). Kawasan yang diberikan perhatian utama ialah Bilik Perbincangan dan Bilik Jaringan Perdana, KOSASS.

Aktiviti mengecat pada hari pertama telah dijalankan di Bilik Perbincangan dan pada hari kedua dijalankan di Bilik Jaringan Perdana. Pada jam 12.30 tengah hari, aktiviti mengecat tamat dansemua yang terlibat diberikan makanan tengah hari. Aktiviti ini dijalankan supaya dapat memberikan keselesaan dan kemudahan kepada Majlis PerwakilanKolej (MPK) dan kolegiat KOSASS untuk menjalankan sebarang aktiviti atau perjumpaan. Selain itu, aktiviti mengecat juga berkeupayaan mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain. Secara keseluruhannya, aktiviti ini amat bermanfaat kepada semua pihak kerana dapat memberikan keceriaanyang berlainan sekali gus memberikan suntikan yang baru dengan suasana yang lebih menarik. Dengan kerjasama semua yang terlibat, aktiviti gotong-royong ini berjaya dijalankan dengan lancar danmencapai kejayaan yang memuaskan. Diharapkan juga program seperti ini dapat diteruskan denganpenglibatan daripada felo dan kolegiat KOSASS sendiri. Kebersihan dan keselamatan kolej adalahtanggungjawab bersama semua entiti yang berada di KOSASS. Diharapkan agar KOSASS terus bersih, selamat dan cemerlang.

Tarikh Input: 14/03/2023 | Kemaskini: 14/03/2023 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXEaHAC~