ALUMNI MENYANTUNI KOSASS | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» BERITA » ALUMNI MENYANTUNI KOSASS

ALUMNI MENYANTUNI KOSASS

SERDANG,UPM- Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Sesi 2023/2024 dengan kerjasama Kesatuan Mahasiswa, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) dan Pengurusan Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) telah menganjurkan Adiwarna Interblock yang merupakan subprogram di bawah Mega Festival KOSASS (Mega FESKOS) 2024. Program ini telah diadakan pada 28 April 2024 (Ahad) dari 7.30 pagi hingga 2.00 petang bertempat di blok kediaman, KOSASS.
Adiwarna Interblock merupakan sebuah program yang melibatkan jemputan beberapa alumni dari Kolej Kedua dan Kolej Ketujuh iaitu Lt. Kdr. Prof. Gs. Dr. Mohd Hasmadi bin Ismail PSSTLDM, Dr. Mohd Hakiman bin Awang@Mansor, En. Shahriman bin Hashim, En. Mohd Firdaus bin Nizamuddin, Pn. Siti Najwa binti Rosman, Pn. Zahirah binti Mohd Zaidi, Pn. Nor Shafira binti Abdul Mutalib dan En. Muhammad Mustaqhim Bin Alias.
Menurut pengarah bagi program Adiwarna Interblock iaitu saudara Muhammad Akif Hakim bin Norhisam, program ini merupakan pertandingan antara blok kediaman KOSASS iaitu bertujuan menyahut seruan dan menambahbaik Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) bersama elemen tambahan keceriaan bagi memastikan konsep EKSA sentiasa diamalkan. Katanya lagi, tujuan utama Adiwarna Interblock ini juga diadakan adalah untuk menyahut seruan EKSA yang telah dikuatkuasakan bagi menjaga keharmonian dan persekitaran tempat kediaman yang baik. Justeru, program Adiwarna Interblock menumpukan kepada semangat kerjasama dan mengeratkan silaturahim tidak kira bangsa bagi melakukan aktiviti hias dan membersihkan blok. Ia diwujudkan kepada kolegiat untuk kolegiat.
Beliau berpendapat bahawa penyertaan kolegiat di dalam program ini amat penting kerana ia mampu meningkatkan semangat kerjasama dan memiliki sifat moral yang baik dalam menjayakan program ini. Setiap perjalanan dan aktiviti khas ditujukan kepada keharmonian dan suasana blok yang baik agar mereka sentiasa menitikberatkan tentang kebersihan dan keceriaan di dalam blok. 10 blok telah berentap untuk merebut gelaran juara. Para peserta juga sangat kreatif dalam menceriakan dan menghias blok kediaman.
Diharapkan bahawa program ini dapat diselaraskan dengan EKSA iaitu mendapatkan suasana kediaman yang kondusif dan efektif. Selain itu, ia dapat mempergiatkan kerjasama dan perkenalan yang erat antara kolegiat setiap blok yang ada di KOSASS.
 

Tarikh Input: 15/05/2024 | Kemaskini: 15/05/2024 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1980/1978
-
W, (01:23:03pm-01:28:03pm, 14 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]