BELIA NUSA : PARADIGMA MADANI | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» BERITA » BELIA NUSA : PARADIGMA MADANI

BELIA NUSA : PARADIGMA MADANI

SERDANG,UPM- Pada 30 April 2024 bersamaan hari Selasa, Majlis Perwakilan Kolej (MPK), Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) Sesi 2023/2024 dengan kerjasama Kesatuan Mahasiswa, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) dan Pengurusan KOSASS telah mengadakan Majlis Perasmian Penutupan Mega Festival KOSASS (Mega FESKOS) 2024 yang bertempat di Dataran Merpati, KOSASS bermula jam 8.30 malam hingga 11.00 malam. Kedatangan para kolegiat dan tetamu jemputan juga sangat memberangsangkan pada malam tersebut. Program ini turut ditaja oleh beberapa syarikat yang tidak asing iaitu Proton Holdings Berhad, DOMASPORTS SDN. BHD. General's Lodge dan YAYASAN PENERAJU.
Para pemenang bagi program KOSASS Sport Day (KOSSPORD) 3.0, Karnival Keusahawanan Blok (KKB), Malam Citra Kebudayaan KOSASS (MCKK) dan Adiwarna Interblock yang diadakan di bawah Mega FESKOS 2024 ini turut diumumkan sekaligus penyerahan hadiah kepada para pemenang. Bagi KOSSPORD 3.0, pemenang bagi kategori Pasukan Lelaki Terbaik dirangkul oleh Blok Kijang manakala Pasukan Terbaik Wanita disandang oleh Blok Seladang. Bagi pemenang keseluruhan KOSSPORD 3.0 pula jatuh kepada Blok Rajawali. Seterusnya bagi program KKB, pemenang tempat pertama jatuh kepada Blok Napuh diikuti dengan Blok Merpati ditempat kedua dan Blok Raja Udang ditempat ketiga. Selain itu, pemenang tempat pertama Adiwarna Interblock pula jatuh kepada Blok Rusa,tempat kedua Blok Seladang dan tempat ketiga disandang oleh Blok Merpati. Kemuncak majlis penutupan semakin meriah apabila para pemenang MCKK diumumkan. Johan disandang oleh Blok Raja Udang, Naib Johan dimenangi oleh Blok Merpati,tempat ketiga jatuh kepada Blok Helang dan pemenang keseluruhan MCKK dirangkul oleh Blok Merpati. Segala keputusan pemenang adalah muktamad daripada pihak juri selepas diumumkan.
Pengarah Mega Festival KOSASS, Saudara Muhammad Aqil Iqbal Bin Mohd Jamil iaitu MPK KOSASS Sesi 2023/2024 turut menyatakan harapan dan penambahbaikan daripada pihak beliau setelah Mega FESKOS 2024 ini diadakan. Dalam temubual atas talian yang diadakan, beliau sangat berpuas hati dengan sambutan daripada pihak kolegiat sekaligus menaikkan keterlihatan KOSASS. Beliau juga menekankan bahawa pihak jawatankuasa Mega FESKOS 2024 ini haruslah membuat persiapan lebih rapi dan intensif untuk memastikan kelancaran majlis sewaktu hari kejadian. Persiapan awal dari segi logistik memainkan peranan dalam kemudahan yang ada dalam program Mega FESKOS 2024. Akhir sekali, harapan beliau sebagai pengarah program ialah agar program ini dapat diteruskan demi memastikan penglibatan kolegiat KOSASS dengan program yang diadakan yang merangkumi pelbagai jenis aspek seperti sukan, kebudayaan dan lain-lain lagi demi mewujudkan keharmonian dan melahirkan suasana kolej yang baik antara pihak kolej dan kolegiat.
 
 
 

Tarikh Input: 16/05/2024 | Kemaskini: 16/05/2024 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
S, (06:23:06pm-06:28:06pm, 16 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]