BENGKEL ASAS REKAAN POSTER DAN PENGGUNAAN STREAMYARD@KOSASS (RePoSt@KOSASS) | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» BERITA » BENGKEL ASAS REKAAN POSTER DAN PENGGUNAAN STREAMYARD@KOSASS (RePoSt@KOSASS)

BENGKEL ASAS REKAAN POSTER DAN PENGGUNAAN STREAMYARD@KOSASS (RePoSt@KOSASS)

Kelab Kosass Flash Unit (KFU), Sekretariat Komunikasi dan Penerbitan, Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Sesi 2022/2023 dengan kerjasama Pengurusan Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) telah menganjurkan Bengkel Asas Rekaan Poster dan Penggunaan Streamyard@KOSASS (RePoSt@KOSASS) yang telah berlangsung pada 13 November 2022 secara fizikal yang bertempat di Balai Minda, Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS). Bengkel ini telah menyasarkan ahli daripada Majlis Perwakilan Kolej (MPK) dan ahli jawatankuasa kelab KOSASS.

Pendaftaran peserta seawal jam 8.00 malam di Balai Minda

 

Sekretariat Komunikasi dan Penerbitan, Saudari Raidhatul Amni binti Ruzalee sedang memberikan taklimat berkenaan cara penggunaan Canva.

Sekretariat Komunikasi dan Penerbitan, Pegawai Kadet Muhammad Nur Ariff bin Mohd Nizam memberikan penerangan tentang program yang akan dijalankan.

 

Bengkel Asas Rekaan Poster dan Penggunaan StreamYard@KOSASS (RePoSt@KOSASS) adalah sebuah program yang dijalankan bagi memberi pendedahan kepada kolegiat KOSASS berkaitan dengan penerbitan dari segi penciptaan poster melalui aplikasi Canva dan penggunaan StreamYard dengan lebih berkesan. Bengkel ini turut dihadiri oleh Ketua Felo Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah, Encik Mohd Firdaus bin Nizamudin sekaligus menjadi panel juri bagi pertandingan poster yang dianjurkan.

 

Para peserta sedang menyiapkan hasil poster yang bertemakan “Tahun Baru”

Sesi soal jawab dan ramah mesra bersama para peserta semasa pertandingan poster dijalankan.

 

Bengkel ini telah mendapat sambutan yang baik dan mantap dalam kalangan Majlis Perwakilan kolej (MPK) dan Ahli Jawatankuasa Kelab Kosass serta maklum balas yang diterima juga adalah positif. Hal ini kerana, Bengkel Asas Rekaan Poster dan Penggunaan StreamYard@KOSASS (RePoSt@KOSASS) ini diisi dengan ilmu yang bermanfaat daripada Sekretariat Komunikasi dan Penerbitan, Majlis Perwakilan Kolej iaitu Pegawai Kadet Muhammad Nur Ariff bin Mohd Nizam, Saudari Raidhatul Amni binti Ruzalee dan Saudara Shaharizulkimain bin Mohamad. Mereka telah memberikan serba sedikit ilmu pengetahuan tentang penggunaan Canva dan StreamYard dengan lebih berkesan. Bengkel ini juga dapat mengasah bakat dan kreativiti dalam kalangan kolegiat KOSASS dan meningkatkan pengetahuan serta kemahiran dalam pendigitalan. Selain itu, bengkel ini dilihat dapat memberikan manfaat kepada kolegiat KOSASS untuk diaplikasikan dalam proses pembelajaran sepanjang hayat dalam bidang pendigitalan.

 

 Sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Majlis Tertinggi dan Ahli Jawatankuasa yang terlibat semasa bengkel ini dilaksanakan.

Tarikh Input: 14/12/2022 | Kemaskini: 14/12/2022 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXEaOAa~