Bengkel Dan Pra-Perasmian Aimac: Projek MegaChili. | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» BERITA » Bengkel dan Pra-Perasmian Aimac: Projek MegaChili.

Bengkel dan Pra-Perasmian Aimac: Projek MegaChili.

 
 
 
 
 
 
06 November 2021- Bengkel dan Pra-Perasmian Aimac: Projek MegaChili.
Satu bengkel dan pra-perasmian Aimac: Projek MegaChili telah dijalankan secara hybrid di Auditorium Rashdan Baba dan di tapak fertigasi cili di Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS). Buat julung kalinya, ini merupakan bengkel dan amali secara bersemuka pertama yang dapat dilaksanakan setelah negara memasuki Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa-4.
Bengkel dan pra-perasmian ini bertujuan sebagai simbolik persediaan para peserta agar dapat melaksanakan aktiviti fertigasi ini secara fizikal.
Bengkel ini turut memberi fokus persediaan ke arah penanaman cili supaya para peserta lebih memahami teknik fertigasi yang sebenar.
Selepas bengkel selesai, satu pra-perasmian diadakan dengan perasminya iaitu Ybhg. Prof. Madya Dr. Arba’ie Sujud, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM.
Terima kasih diucapkan kepada barisan pengetua yang hadir dan turut serta dalam pra-pelancaran ini iaitu Pengetua Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS), Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Bin Arshad, Pengetua Kolej Pendeta Za’ba (KPZ), Dr. Mohd Hafiz Bin Mohd Zaid, Pengetua Kolej Sepuluh(K10), Prof. Madya Ir. Dr. Nuraini Abdul Aziz, Pengetua Kolej Tiga Belas(K13), Profesor Madya Ir. Dr. Ahmad Shukri Muhammad Noor dan Pegawai Tadbir Kolej Sri Rajang(KSR), Puan. Rosidah Basir. Sebanyak 5 buah kolej kediaman yang terlibat dengan projek ini dan diharapkan dengan bengkel dan pra-perasmian secara hybrid ini dapat menyuntik semangat para peserta untuk bersungguh-sunguh dan komited dalam melaksanakan projek ini. Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah Kolej Pendeta Za'ba, UPM Kolej Sepuluh, UPM Kolej Tiga Belas UPM Kolej Sri Rajang, Upmkb

Tarikh Input: 07/11/2021 | Kemaskini: 07/11/2021 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXDdQA2~