BENGKEL HALA TUJU KOSASS 2021-2025 | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» BERITA » BENGKEL HALA TUJU KOSASS 2021-2025

BENGKEL HALA TUJU KOSASS 2021-2025

 

 

 

 

 

 

     

 

 

      Pada 7 Januari lalu, sebuah program yang melibatkan barisan
pentadbiran Kole Sultan Aladdin Suleiman Shah serta wakil
majlis perwakilan kolej KOSASS telah diadakan bagi memacu
kecemerlangan kolej dalam menyambut seruan Universiti Putra
Malaysia.

Bengkel Halatuju KOSASS yang diadakan telahpun
membincangkan hasrat dan aspirasi barisan pentadbiran dan
MPK dalam memberi nafas baharu kepada program-program di
KOSASS disamping memenuhi objektif yang disediakan oleh
pihak pentadbiran universiti.

Program untuk pelbagai peringkat
yang merangkumi pengantarabangsaan dan keusahawanan serta
pelbagai aspek lain dibentangkan dan disambut baik oleh semua
peserta yang terlibat.

Kesinambungan daripada program Bengkel
Halatuju KOSASS diharapkan dapat menjadikan KOSASS sebagai
kolej yang terunggul dan cekap dalam menghadapi cabaran masa
hadapan.

 

 

Tarikh Input: 21/01/2022 | Kemaskini: 21/01/2022 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXEUKAG~