BUDAYA DIPERKASA, WARISAN TERJAGA | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» BERITA » BUDAYA DIPERKASA, WARISAN TERJAGA

BUDAYA DIPERKASA, WARISAN TERJAGA

 

SERDANG, UPM – Pada 20 Januari 2025, Bengkel Pemerkasaan Kebudayaan dan Kesenian anjuran Sekretariat Kebudayaan dan Kesenian, Majlis Perwakilan Kolej (MPK), Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) telah diadakan dengan jayanya di Balai Minda, KOSASS. Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan mendalam kepada ahli kelab KOSASS Sartural Fansuri, Kelab Gendang 24 Musim, serta kolegiat lain berkenaan ilmu kebudayaan dan kesenian.
Objektif utama bengkel ini adalah untuk membentuk kolegiat yang kreatif dan berdaya saing, meningkatkan pengetahuan serta kemahiran tentang kebudayaan dan kesenian, dan membina organisasi yang mampu menggunakan ilmu seni dan budaya untuk manfaat masa depan. Program ini berlangsung selama dua jam, bermula pada jam 8.30 malam, dengan satu slot utama iaitu sesi perkongsian berkenaan seni budaya yang berlangsung selama 1 jam 30 minit.
Pengarah program saudari Shaidatul Nadiah Binti Julamri berkata “Antara cabaran penganjuran bengkel ini ialah kekangan masa, memandangkan persiapan hanya dilakukan dalam tempoh kira-kira dua minggu adalah masa yang agak terhad.” Namun begitu, dengan kerjasama daripada semua pihak, bengkel ini telah dilaksanakan dengan lancar dan mencapai objektifnya.
 
Terdapat sesi ceramah yang disampaikan oleh Encik Husalshah Rizal Bin Hussain iaitu Pengarah Pusat Kebudayaan Dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia. Beliau telah menekankan dan menerapkan makna budaya dalam kalangan pelajar bahawa betapa pentingnya identiti sebuah nasional itu. Selain itu, beliau juga telah berkongsi pengalaman beliau seperti melancong ke Menara Condong Teluk Intan dan beliau juga telah menyaksikan tarian kuda kepang di Johor.
Menurut beliau, pengalaman menyaksikan tarian tersebut telah mengukir tempat di memori beliau sebagai pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
 
Sebagai penutup slot beliau, terdapat sesi perkongsian dan soal jawab terbuka kepada peserta bengkel. Di samping itu, terdapat juga pelajar yang berkongsi pengalamannya tentang keris-keris dari pelbagai negeri. Hal ini menunjukkan bahawa betapa pentingnya barang bersejarah di negara kita kerana ia menjadi simbol dan membawa makna yang unik untuk diwarisi oleh generasi akan datang. Bengkel ini diakhiri dengan sesi penyampaian cenderamata dan sesi bergambar sebagai tanda kenangan.
Harapan besar disandarkan kepada peserta dan juga ahli-ahli kelab agar dapat memanfaatkan ilmu yang disampaikan dan terus menjadi permata yang menyinari nama KOSASS di masa hadapan.
 

Tarikh Input: 05/02/2025 | Kemaskini: 05/02/2025 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1980/1978
-
W, (01:05:32am-01:10:32am, 15 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]