FACEBOOK ADWA 6.0 | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» BERITA » FACEBOOK ADWA 6.0

FACEBOOK ADWA 6.0

A Day With Alumni (ADWA 6.0) diadakan pada 1 Jun 2021 (Selasa) yang melibatkan tiga panel yang dijemput iaitu Cik Siti Norhidayah Binti Ahmad Nasir, Encik Muhammad Shahman Bin Shahrom dan Encik Maruth Sukmooncharen A/L Prak Dik. Mereka merupakan merupakan alumni KOSSAS yang bergraduat daripada tiga kelas yang berbeza. Topik yang dibincangkan ialah Kebolehpasaran Mahasiswa Aktif Sukan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Perbincangan antara panel dimulakan dengan perkongsian tentang pengalaman mereka sendiri dalam bidang sukan di Universiti Putra Malaysia (UPM). Cik Siti Norhidayah merupakan bekas pemain bola jaring untuk Negeri Sembilan. Manakala, Encik Shahman, beliau merupakan wakil UPM untuk sukan Softball. Encik Maruth pula terlibat dengan pelbagai jenis sukan tetapi sukan badminton sebagai sukan utama bagi beliau. Berdasarkan perkongsian ini, kita dapat lihat bahawa semua sukan yang mereka terlibat dimulakan dengan menyertai sukan yang dianjurkan oleh kolej. Daripada sudut itu, sifat cinta akan sukan dapat dipupuk dalam diri pelajar. Sebagai seorang individu yang bergelar sebagai pelajar, mereka haruslah sentiasa menanam sifat berani untuk mencuba sesuatu yang baru demi masa hadapan mereka juga.
Seterusnya perbincangan diteruskan lagi dengan perkongsian cara-cara mereka terlibat dengan sukan setelah tamat belajar. Cik Siti Norhidayah memulakan perkongsian beliau dengan menyatakan bahawa beliau dapat menyertai beberapa perlawana kerana beliau merupakan bekas pemain Negeri Sembilan, jadi beliau dipanggil untuk menyertai perlawanan yang dianjurkan pada Februari 2021. Walhal bagi Encik Shahman pula, beliau sentiasa berhubung dengan Alumni KOSSAS yang lain, jadi melalui saluran itu beliau dapat panggilan daripada beberapa pasukan untuk permainan yang dianjurkan. Berdasarkan apa yang dinyatakan oleh panel-panel ini dapatlah kita simpulkan bahawa kita haruslah sentiasa menjaga ukhuwah umat sejagat agar kita sendiri tidak rugi pada masa yang akan datang.
Selain itu,mereka juga berkongsi tentang cara-cara sentiasa kekal fit di musim PKP. Berdasarkan perkongsian daripada panel-panel yang terlibat ialah, mereka sentiasa membuat senaman sendiri di rumah. Sebagai contoh, jogging sekeliling rumah, melakukan senaman sendiri berpandukan video-video senaman atas talian dan juga skipping. Mereka juga menggalakkan pelajar supaya menggunakan aplikasi-aplikasi atas talian yang disediakan untuk melihat perkembangan senaman yang telah dilakukan.
Perbincangan tidak berakhir sehingga mereka membincangkan tentang pengaturan masa sebagai seorang atlet dan juga pelajar. Mereka sentiasa mengigatkan bahawa tujuan utama pelajar ke Universiti adalah untuk menimba ilmu, jadi pelajar haruslah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pelajar sebelum menyertai mana-mana permainan. Hal ini kerana, pelajaran amatlah penting bagi seorang pelajar kerana tujuan utama ke Universiti adalah untuk meningkatkan harga diri dengan menimba ilmu. Oleh itu, sebagai seorang pelajar, mereka haruslah meguruskan masa dengan bijak tanpa mengabaikan pelajaran. Sifat tanggugjawab dan disiplin haruslah sentiasa dipupuk dalam diri mereka agar pelajar tidak tersasar dari jalan yang lurus di IPT kelak.

Tarikh Input: 17/06/2021 | Kemaskini: 17/06/2021 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXEUSA5~