IKTIRAF USAHA KOLEGIAT | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» BERITA » IKTIRAF USAHA KOLEGIAT

IKTIRAF USAHA KOLEGIAT

 
 
 
    SERDANG, UPM- Barisan Pengerusi Blok, Majlis Perwakilan Kolej (MPK), Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) Sesi 2023/2024 dengan kerjasama Pengurusan KOSASS telah menganjurkan majlis Anugerah Damai Ceria KOSASS yang diadakan di Balai Minda, KOSASS pada 19 Januari 2024 (Ahad). Majlis yang diadakan secara tertutup ini diadakan bersempena penganugerahan berdasarkan Penilaian Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang telah dilaksanakan pada 10 Januari 2024 yang lepas.
Anugerah Damai Ceria KOSASS pada kali ini menganugerahkan sebanyak 11 anugerah iaitu 10 bagi kategori blok kolegiat iaitu Sudut Informasi Terbaik, Komitmen Terbaik, Kebersihan Terbaik, Bilik Contoh Terbaik, Persembahan Terbaik, Keceriaan Terbaik, Bilik Rehat Terbaik, Kreativiti Dan Inovasi Terbaik serta dua hadiah utama iaitu Anugerah Zon Terbaik dan Anugerah Blok Terbaik. Selain itu, terdapat juga anugerah bagi kategori staf iaitu Anugerah Ruang Kerja Terbaik.
Majlis ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran tetamu kehormat iaitu Yang Berbahagia Prof. Madya. Dr. Mohd. Mursyid bin Arshad, Pengetua KOSASS sekaligus merasmikan majlis penutupan ini. Turut hadir, Puan Nur Fazrina Binti Ismail, Pegawai Tadbir KOSASS, barisan staf pengurusan kolej, felo, MPK serta wakil dari Majlis Tertinggi setiap blok.
Saudara Muhammad Hakiemi bin Nazrul Hisyam selaku pengarah majlis Anugerah Damai Ceria KOSASS berkata bahawa Damai Ceria KOSASS ini merupakan sebuah penilaian terhadap pejabat pentadbiran dan blok-blok kediaman dari segi tahap kebersihan dan kekemasan. Tambahannya pula, “Majlis ini dianjurkan bagi menghargai usaha setiap warga KOSASS dalam memastikan kawasan persekitaran kolej dan kawasan blok berada dalam keadaan bersih dan teratur”, ujar saudara Hakiemi. Selain itu, beliau juga berharap agar dengan berjalannya program ini, ia berjaya menerapkan nilai kebersihan dan kekemasan dalam kalangan warga kolej.
Majlis turut diselitkan dengan ucapan perasmian oleh Yang Berbahagia Prof. Madya. Dr. Mohd. Mursyid bin Arshad. Beliau berkata, “Damai Ceria KOSASS yang dijalankan untuk persediaan EKSA ini mengambil inspirasi daripada konsep 5S oleh masyarakat Jepun dalam persekitaran kehidupan mereka iaitu Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu, dan Shitsuke”. Beliau juga berharap agar keadaan keseluruhan kolej dari aspek kebersihan dan kekemasan dapat dikekalkan sehingga penilaian EKSA yang kedua iaitu pada 30 Januari 2024 ini.
 
 
 
 
Semasa para tetamu selera menjamu hidangan, majlis diteruskan lagi dengan persembahan yang menarik daripada kolegiat KOSASS diselang-selikan dengan pemberian anugerah yang terdapat pada malam ini. Berikut merupakan senarai pemenang Anugerah Damai Ceria KOSASS:
1. Sudut Informasi Terbaik: Napuh
2. Komitmen Terbaik: Enggang
3. Kebersihan Terbaik: Pelanduk
4. Bilik Contoh Terbaik: Seladang
5. Persembahan Terbaik: Rusa
6. Keceriaan Terbaik: Helang
7. Bilik Rehat Terbaik bagi kategori lelaki: Kijang
8. Bilik Rehat Terbaik bagi kategori perempuan: Rajawali
9. Kreativiti Dan Inovasi Terbaik bagi kategori lelaki: Kijang
10. Kreativiti Dan Inovasi Terbaik bagi kategori perempuan:
11. Ruang Kerja Terbaik bagi kategori Staf KOSASS : Puan Noor Asneeda Binti Mokhtar (Johan), Puan Noradzhan Binti Yahaya (Naib Johan dan Puan Sanorumi Binti Dawam @Tawil (Ketiga)
Seterusnya, majlis dilengkapkan lagi dengan penyampaian hadiah utama iaitu Anugerah Zon Terbaik yang disandang oleh kawasan KOSASS Zon B. Bak kata pepatah, kuat pokok kerana akarnya, dan kuat akar kerana tanahnya, dimana kejayaan Anugerah Blok Terbaik telah disandang oleh blok Raja Udang. Saudari Fatin Alia Binti Mohamad Asri, selaku pengerusi blok tersebut berkongsi rahsia kejayaan di mana semua ahli bloknya telah memberikan komitmen serta cara penyampaian minit mesyuarat semasa penilaian EKSA berlangsung.
 
 
 
 
 
Lagu Permataku KOSASS dinyanyikan pada akhir majlis yang secara tidak langsung memberi maksud bagi melahirkan semangat tidak putus asa dan bekerjasama dalam diri kolegiat KOSASS selaras dengan lagu itu sendiri dan akhirnya, tidak dilupakan juga beberapa keping gambar kenang-kenangan turut sempat dirakam pada akhir majlis bagi menyempurnakan lagi majlis. Akhir kata, semoga perhargaan yang diberikan kepada para pemenang ini dapat memberi semangat serta dijadikan motivasi dan inspirasi untuk seluruh kolegiat KOSASS disamping berharap agar Anugerah Damai Ceria KOSASS akan terus dilaksanakan pada masa akan datang.
Ikuti hebahan kami, follow, like & share di
Sekian, terima kasih.
"Pintar, Harmoni, Cemerlang"
Majlis Perwakilan Kolej
Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah
Sesi 2023/2024

Tarikh Input: 01/02/2024 | Kemaskini: 01/02/2024 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXEbTAY~