International Webinar On Student Development “Ways To Success” (WATS) | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» BERITA » International Webinar on Student Development “Ways to Success” (WATS)

International Webinar on Student Development “Ways to Success” (WATS)

International Webinar on Student Development “Ways to Success” (WATS) telah diadakan pada 14 Mei 2022 (Sabtu) melibatkan tiga orang panel jemputan iaitu Dr. Drs. Chandra Setiawan, alumni antarabangsa Universiti Putra Malaysia (UPM) kelas 2012 dan Dr. Mohd Sabri bin Pak Dek serta Encik Mohd Firdaus bin Zakaria, alumni tempatan UPM kelas 2010 dan 2009 yang pernah bekerja di luar negara. Topik yang dibincangkan adalah mengenai pengalaman mereka sepanjang menuntut ilmu di UPM sehingga mampu memperoleh kerjaya di Malaysia dan luar negara. Perbincangan antara panel dimulakan dengan perkongsian tentang latar belakang panel beserta pengalaman dalam kerjaya mereka. Dr. Drs. Chandra Setiawan telah mengambil Ijazah Falsafah Kedoktoran dalam bidang Kewangan di UPM. Kini, beliau merupakan Pesuruhjaya Suruhanjaya Persaingan Indonesia di sebuah institusi bebas untuk menyelia perniagaan bagi memastikan persaingan perdagangan yang adil disamping memegang jawatan sebagai pensyarah kanan di Presiden Universiti Indonesia selama 30 tahun sehingga kini. Dr. Sabri bin Pak Dek yang pernah menyambung pelajaran di University of Guelph, Canada mengambil Ijazah Falsafah Kedoktoran dalam bidang pengkhususan agrikultur tumbuhan. Kini, beliau merupakan pensyarah kanan di Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, UPM. Panel yang ketiga ialah Encik Mohd Firdaus bin Zakaria memegang Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Perniagaan (Tadbir Urus Korporat) di Pusat Pengajian Siswazah Pengurusan, UPM. Setelah menamatkan pelajaran, beliau berkhidmat sebagai Diplomat Setiausaha Pertama, Suruhanjaya Tinggi Malaysia London pada Julai 2016. Perbincangan diteruskan dengan perkongsian dari para alumni mengenai perjalanan, cabaran serta kenangan manis dan pahit sepanjang menjalani pembelajaran di UPM sehingga mampu memperoleh kerjaya di dalam dan luar negara. Para panel menerangkan elemen-elemen atau kriteria penting yang diperlukan oleh setiap individu bagi membolehkan mereka diterima bekerja pada masa akan datang. Selain itu, barisan panel turut memberikan sedikit sebanyak pedoman hidup yang boleh diamalkan oleh para pelajar yang berkeinginan untuk bekerja dan hidup di luar negara. Mereka juga mengesyorkan kepada pelajar untuk menyambung pelajaran ke luar negara jika diberi kesempatan kerana peluang sebegini sukar untuk direbut. Perbincangan berakhir dengan barisan panel memberikan kata-kata semangat kepada pelajar untuk terus kekal fokus dalam pelajaran sehingga mampu memperoleh kerjaya di dalam dan luar negara seperti yang diingini. Peluang yang hadir dalam hidup hanya datang sekali, maka pelajar dinasihatkan untuk merebut segala peluang yang datang. Usaha merupakan tangga kejayaan. Oleh itu, berusahalah dengan gigih untuk memperoleh kerjaya yang terbaik.

Tarikh Input: 07/06/2022 | Kemaskini: 07/06/2022 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXEaVAd~