JOHAN KESELURUHAN FESTIVAL NASYID INTERKOLEJ (FESNIK) | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» BERITA » JOHAN KESELURUHAN FESTIVAL NASYID INTERKOLEJ (FESNIK)

JOHAN KESELURUHAN FESTIVAL NASYID INTERKOLEJ (FESNIK)

 
 
 
 
Kelab Nasyid Nahwan Nur dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Festival Nasyid Interkolej (FESNIK) ke-14 pada 24 November 2023 (Jumaat) bertempat di Pentas Utama, Pesta Konvokesyen & Ekspo Pertanian, UPM. FESNIK merupakan acara tahunan yang diadakan sempena Pesta Konvokesyen UPM (PESKON).
 
 
 
Pasukan nasyid KOSASS, Syumul Ukhwah yang membawa lagu nasyid bertajuk Zinnirah telah berjaya dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan FESNIK 2023. Syumul Ukhwah juga telah berjaya mendapat anugerah Persembahan Terbaik dan Vokal Terbaik bagi FESNIK 2023. Pencapaian ini bukan sahaja telah mengharumkan nama KOSASS malah telah membuktikan bahawa kolegiat KOSASS juga hebat dalam bidang kesenian islam. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada pasukan nasyid KOSASS atas kejayaan ini.
 
 
Saudara Afiq Amsyar selaku jurulatih bagi pasukan Syumul Ukhwah berkata “Sejujurnya kejayaan ini tidak disangka oleh kami. Kami kesuntukan masa untuk berlatih dan mempunyai banyak kekurangan. Namun, berkat usaha kami untuk memperbaiki serta menambah baik kekurangan yang kami ada, kami dapat menunjukkan sebuah persembahan yang cukup baik.” Saudara Afiq Amsyar juga mengekspresikan kebanggaannya dengan kejayaan yang telah dicapai oleh pasukan Syumul Ukhwah.
Dengan adanya pencapaian ini, diharapkan agar kolegiat KOSASS dapat mengambilnya sebagai pendorong untuk terus bersemangat bagi mengharumkan nama KOSASS dalam pertandingan yang akan datang.
 
 

Tarikh Input: 27/11/2023 | Kemaskini: 27/11/2023 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXEUCAQ~