KEJOHANAN RAGBI | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» BERITA » KEJOHANAN RAGBI

KEJOHANAN RAGBI

 

Kejohanan Rugby Serdang Sevens 2023 anjuran Akademi Sukan Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Salbros Sport telah diadakan selama dua hari iaitu pada 18-19 Februari 2023 (Sabtu dan Ahad) di Padang Ragbi, UPM. Kejohanan ini melibatkan jumlah penyertaan tertinggi iaitu seramai 3000 peserta bagi 200 kumpulan dalam kategori bawah 10 tahun hingga kategori bawah 21 tahun yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah daripada seluruh Malaysia. Penginapan bagi 27 buah sekolah yang terlibat telah ditempatkan di tujuh blok penginapan Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) iaitudi Blok Helang, Blok Napuh, Blok Pelanduk, Blok Raja Udang, Blok Rajawali, Blok Enggang dan Blok Merpati. Kejohanan ini digemilangkan lagi dengan penerimaan sijil Malaysia Book of Records bagi kategori Largest Participation in a Rugby Tournament / peserta teramai dalam kejohanan ragbi.

Pihak Pengurusan KOSASS berbesar hati kerana dipilih sebagai penempatan atlet bagi kejohanan ragbi tersebut. KOSASS dan UPM sentiasa cakna dengan keperluan atlet dan berharap agar program ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Semoga kejohanan ini dapat menarik minat lebih ramai golongan muda untuk melibatkan diri dalam sukan ragbi dan seterusnya mampu memajukan industri sukan ragbi di Malaysia.

 

 

Tarikh Input: 03/03/2023 | Kemaskini: 03/03/2023 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXEaGAj~