SERDANG, UPM - Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Sesi 2023/2024 dengan kerjasama Kesatuan Mahasiswa, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) dan Pengurusan Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) telah menganjurkan KOSASS Car Show, berkolaborasi bersama No Equal Automotive. Program ini adalah sebuah subprogram di bawah Mega Festival KOSASS (Mega FESKOS) 2024 yang berlangsung pada 27 April 2024 (Sabtu) bertempat di sepanjang jalan berhadapan Dataran Merpati, KOSASS.
Menurut Tuan Zahid Kasim, salah seorang pengasas utama bagi syarikat Wulf Media SDN.BHD atau lebih gemar dikenali dengan jenamanya tersendiri iaitu NoEqual, berkongsi bahawa tujuan pameran kereta ini diadakan adalah untuk menyatukan mereka yang mempunyai minat terhadap kereta eksotik dan mewah. NoEqual ini juga boleh dianggap sebagai satu “lifestyle brand” bagi penggemar kereta di mana mereka boleh berkongsi pengalaman ketika mengunjungi pameran melalui media sosial.
Oleh sebab kekangan masa cuti perayaan baru-baru ini, pihak NoEqual hanya dapat menyediakan 5 buah kereta sahaja untuk dipamerkan di KOSASS Car Show pada hari ini. “Minimum kereta yang kita boleh kumpulkan adalah 300 ke 400 ratus ketika Tea & Tires V6 berlangsung. Bagi jemputan pula, minimum kereta yang kami boleh kumpulkan adalah mengikut kawasan atau keluasan yang diberi kepada kita,” ujarnya.
Diharapkan dengan adanya program ini dapat memupuk semangat warga KOSASS yang mempunyai minat terhadap kereta untuk terus berinovasi dalam bidang automotif. Kami juga turut berharap dapat menyaksikan pameran kereta ini sekali lagi di masa akan datang.
Tarikh Input: 15/05/2024 |
Kemaskini: 15/05/2024 | zulkif
PERKONGSIAN MEDIA