KOSASS CAKNA KEBAJIKAN PELAJAR OKU | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» BERITA » KOSASS CAKNA KEBAJIKAN PELAJAR OKU

KOSASS CAKNA KEBAJIKAN PELAJAR OKU

 
 
SERDANG, UPM - Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) sentiasa memastikan hak pelajar golongan orang kurang upaya (OKU) terjamin dan sentiasa diberikan perhatian serta keutamaan. Hal ini kerana golongan OKU ini juga merupakan sebahagian daripada kolegiat KOSASS yang perlu diberi kebajikan, kesaksamaan hak dan peluang untuk menjalani kehidupan seperti kolegiat yang lain.
Justeru itu, pihak pengurusan KOSASS telah menerima lawatan rasmi, Yang Berbahagia Dr. Noraishah Mydin Haji Abdul Aziz, ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU) pada 10 Januari 2024 (Rabu). Lawatan ini bertujuan untuk membincangkan serta memberi cadangan penambahbaikan perkhidmatan OKU di KOSASS. Turut terlibat ialah Encik Fuad, Ketua Seksyen Pembangunan Dan Kediaman serta wakil staff Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP).
Mesyuarat ini secara menyeluruh dapat memberi impak yang positif dalam memudahkan pemantauan serta penjagaan pelajar OKU di KOSASS. Hal ini juga secara tidak langsung dapat mewujudkan inklusiviti antara pihak pengurusan KOSASS dan pihak LPU serta BHEP untuk lebih cakna dengan keadaan semasa pelajar OKU di KOSASS.
 
 
Antara inisiatif awal yang diambil oleh pihak pengurusan KOSASS dalam menitik berat kebajikan pelajar OKU ini adalah dengan memberi sumbangan antaranya, mesin basuh dan microwave. Diharapkan dengan sumbangan serba sedikit dapat membantu dan meringankan beban pelajar OKU di KOSASS. Bukan itu sahaja, semoga sumbangan ini dapat memberi semangat kepada pelajar OKU agar tidak menjadikan kekurangan mereka hadapi sebagai penghalang dalam menggapai impian pada masa akan datang.
Warga KOSASS akan sentiasa komited dalam menyokong hasrat universiti dan akan berusaha untuk meningkatkan kemudahan dan aksesibiliti kepada golongan OKU di kawasan kolej selaras dengan visi KOSASS iaitu menyediakan sebuah kolej yang terulung dalam menyediakan penginapan yang selesa, persekitaran yang selamat dan kondusif untuk pelajar serta melahirkan pelajar dengan personaliti yang unggul.
 

Tarikh Input: 22/01/2024 | Kemaskini: 22/01/2024 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXEbUA6~