KOSASS JOHAN TENIS WANITA SUKPRA | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» BERITA » KOSASS JOHAN TENIS WANITA SUKPRA

KOSASS JOHAN TENIS WANITA SUKPRA

SERDANG, UPM- Kejohanan Sukan Kolej Universiti Putra Malaysia (SUKPRA) Sesi 2023/2024 merupakan kejohanan interkolej yang diadakan setiap tahun di Universiti Putra Malaysia (UPM). Antara aktiviti sukan yang telah dipertandingkan adalah tenis, ragbi dan lari berganti-ganti jalanraya. Pada kejohanan kali ini, pasukan tenis wanita KOSASS telah berjaya menjadi Johan dalam Perlawanan Tenis Wanita. Perlawanan ini telah berlangsung selama 4 hari iaitu pada 14 hingga 17 Mei 2024. Untuk makluman, pasukan ini telah dilatih oleh Cik Azreen Alia Allysa binti Ahmad. Mereka telah bertungkus lumus dalam menjalani sesi latihan selama 5 hari. Peralatan tenis yang telah digunakan semasa sesi latihan semuanya merupakan daripada pihak pengurusan KOSASS.
Pada peringkat awal, pasukan tenis wanita ini telah menewaskan 2 pasukan iaitu pasukan K10 B dan KC B dengan jayanya. Ketekunan para pemain dalam mencapai kejayaan boleh dilihat dengan jelas melalui mata penonton. Seterusnya pada peringkat suku akhir, pasukan ini berjaya menewaskan pasukan KTDI A. Seterusnys, mereka juga berjaya menewaskan pasukan KMB pada peringkat akhir. Kemenangan ini juga menunjukkan kegigihan pasukan tenis wanita KOSASS dalam mengekalkan kedudukan johan daripada sesi yang lepas. Hadiah perlawanan akhir bagi pertandingan ini telah disempurnakan oleh Puan Maizatul Akmam Binti Abas@Abdul Hamid, Penolong Pendaftar, Akademi Sukan UPM.
Dengan adanya pencapaian emas ini, diharapkan agar kolegiat KOSASS sentiasa berusaha dalam menaikkan dan mengharumkan nama KOSASS walaupun daripada pelbagai aspek agar KOSASS sentiasa menjadi kebanggaan semua. “Saya berharap agar prestasi tenis wanita di KOSASS ini dapat sentiasa dikekalkan pada masa yang akan datang“ merupakan kata-kata daripada saudara Muhammad Aqil Iqbal bin Mohd Jamil, Sekretariat Sukan dan Rekreasi, MPK, KOSASS.
 
 

Tarikh Input: 28/05/2024 | Kemaskini: 28/05/2024 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1980/1978
-
W, (01:30:00am-01:35:00am, 15 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]