KOSASS MENYERTAI HEPA BONDING 2.0 ONE HEPA FIT | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» BERITA » KOSASS MENYERTAI HEPA BONDING 2.0 ONE HEPA FIT

KOSASS MENYERTAI HEPA BONDING 2.0 ONE HEPA FIT

31 Januari 2020 - HEPA BONDING 2.0 ONE HEPA FIT telah diadakan di Pusat Sukan UPM turut dihadiri oleh staf KOSASS. Program tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) pada jam 2:45 petang. Antara aktiviti yang telah berlangsung adalah Jom!! Zafina dengan penampilan khas oleh Coach Yatt dan di akhiri dengan cabutan bertuah serta sesi penyampaian hadiah. Pelbagai hadiah telah disediakan antaranya cabutan bertuah, pakaian kreatif dan peserta paling meriah.

HEPA BONDING 2.0 ONE HEPA FIT bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah sesama staf dibawah entiti HEPA disamping menggalakkan gaya hidup yang sihat. Zafina merupakan senaman tradisional yang mempunyai elemen zapin dengan menggunakan samping sebagai pakaian rasmi ketika bersenam. Zafina adalah senaman yang menggabungkan gerakan seumpama tarian dengan muzik yang rancak. Sudah pasti zafina adalah sangat menyeronokkan dan tidak membosankan. 

   

 

 

 

 

 

  

Tarikh Input: 31/01/2020 | Kemaskini: 31/01/2020 | marlisha

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXDdFAl~