KOSASS PENGINAPAN SUKAN SIPMA 2019 | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» BERITA » KOSASS PENGINAPAN SUKAN SIPMA 2019

KOSASS PENGINAPAN SUKAN SIPMA 2019

Penganjuran Kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) ke-8, 2019 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Majlis Sukan IPTS Malaysia (MASISWA) berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos 2019 di sekitar Lembah Klang. Universiti Putra Malaysia (UPM) telah terpilih sebagai perkampungan sukan SIPMA 2019 dan menyediakan kemudahan penginapan kepada kira-kira 2,300 orang atlet, sukarelawan dan pegawai.

Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) telah terpilih untuk menempatkan sukarelawan-sukarelawan iaitu seramai 453 orang yang telah ditempatkan di Blok Napuh, Blok Pelanduk dan Blok Seladang. Selain penginapan, KOSASS juga menyediakan kemudahan Dewan Jauhari, Bilik Seminar dan Balai Minda untuk kemudahan sukarelawan sepanjang tempoh Sukan SIPMA.

 

Tarikh Input: 09/09/2019 | Kemaskini: 09/09/2019 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXEaVAK~