KOSASS SPORTS DAY 2.0 | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» BERITA » KOSASS SPORTS DAY 2.0

KOSASS SPORTS DAY 2.0

 

 

Pengerusi Blok, Majlis Perwakilan Kolej (MPK), Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) Sesi 2022/2023 dengan kerjasama Sekretariat Sukan dan Rekreasi, MPK KOSASS Sesi 2022/2023 serta Pengurusan KOSASS telah menganjurkan Program KOSASS Sports Day 2.0 (KOSSPORD 2.0) pada 18 hingga 19 Mac 2023.

 

 

 

 

 

Program KOSASS Sports Day 2.0 (KOSSPORD 2.0) merupakan program sukan tahunan kolej kesinambungan daripada KOSASS Sports Day 1.0 yang telah berlangsung pada 18 hingga 19 Jun 2022. Program ini telah menyasarkan 800 penyertaan dalam kalangan kolegiat Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan bin Sulaiman, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia dan turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, YBhg. Prof Dr. Ismi Arif bin Ismail serta Pengetua Kolej Canselor. Pada masa yang sama, Yang Berbahagia Naib Canselor turut merasmikan Monumen KOSASS dan Kabin Kitar Semula yang bertempat di Dataran Merpati, KOSASS.

 

 

Matlamat utama Program KOSASS Sports Day 2.0 (KOSSPORD 2.0) ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan ahli blok dan warga KOSASS serta memupuk ciriciri kolegiat KOSASS yang aktif dan cerdas selaras dengan Visi Sukan Negara 2030. Perkara ini secara tidak langsung mampu mengangkat nama Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) dalam bidang sukan lebih-lebih lagi di dalam Sukan Kolej yang akan dipertandingkan (SUKOL).

 

 

 

  

 

Program KOSASS Sports Day 2.0 yang telah berlangsung selama dua hari telah mempertandingkan acara sukan seperti Bola Tampar dan Bola Baling pada hari pertama manakala aktiviti sukaneka dan tarik tali pada hari kedua. Program ini telah mendapat sambutan yang positif dari setiap blok apabila setiap blok menghantar wakil bagi setiap acara sukan dan aktiviti yang dipertandingkan. Hasil semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh setiap blok, Best Boy Block telah dirangkul oleh Blok Kijang manakala Best Girl Block telah dirangkul oleh Blok Merpati. Manakala juara keseluruhan bagi KOSASS Sports Day 2.0 (KOSSPORD 2.0) telah dirangkul oleh Blok Rusa dengan catatan pingat tertinggi iaitu 4 pingat emas dan 3 pingat gangsa. Piala pusingan pada kali ini telah ditaja oleh Pengetua Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah, Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid bin Arshad. Secara keseluruhan, Program KOSASS Sports Day 2.0 pada kali ini mendapat sambutan yang positif dari setiap warga blok dan dapat dijadikan sebagai satu medium penyatuan warga KOSASS. Semangat kesukanan yang tinggi serta sifat ingin bersaing secara sihat di dalam diri kolegiat telah menjayakan program yang telah berlangsung selama dua hari.

 

  

Tarikh Input: 29/03/2023 | Kemaskini: 30/03/2023 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXETWA1~