KOSASS TOUR A’ CULTURE 4.0 | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» BERITA » KOSASS TOUR A’ CULTURE 4.0

KOSASS TOUR A’ CULTURE 4.0

 
 
 
 
Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Sesi 2023/2024 dengan kerjasama Pengurusan Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) akan mengadakan Program Mobiliti KOSASS Tour A’ Culture 4.0 (KTAC 4.0) yang akan berlangsung pada 25 November 2023 (Jumaat) sehingga 8 Disember 2023 (Jumaat) bertempat di Universitas Teuku Umar (UTU), Aceh, Indonesia. Program Mobiliti KTAC 4.0 merupakan program bersiri yang bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar KOSASS untuk bertukar-tukar pendapat silang budaya serta menimba ilmu-ilmu baharu.
 
 
 
KOSASS telah menghantar seramai 22 orang peserta untuk menyertai program mobiliti KTAC 4.0 ini. KKPL Nur Fadhlin Sakina Binti Mohamad Zamri, Naib Presiden bagi portfolio Antarabangsa dan Perhubungan Korporat selaku Pengarah Bersama Program Mobiliti KTAC 4.0 berkata “Program mobiliti ini dilaksanakan untuk bertukar pendapat dengan UTU serta memberi pengalaman dan ilmu baharu kepada pelajar KOSASS.” Beliau berharap agar program mobiliti ini dapat memberi impak positif kepada kedua-dua pihak iaitu pihak KOSASS dan pihak UTU yang sudi menerima kami sebagai tetamu sepanjang 15 hari di sana. “Saya berharap agar program ini dapat memberi sedikit sebanyak impak melalui pertukaran pendapat dan dapat membina serta mengekalkan hubungan strategik dengan pihak UTU.”
 
 
 
Seluruh warga KOSASS mengucapkan selamat maju jaya dan mengharapkan agar semua peserta yang terlibat selamat dalam perjalanan pergi dan balik. Semoga semua peserta terlibat memperolehi pengalaman yang berharga serta ilmu-ilmu baharu sepanjang program ini berlangsung.
Dengan adanya Program Mobiliti KTAC 4.0, diharapkan agar pelajar-pelajar KOSASS dapat mempelajari kemahiran baharu serta dapat menjalinkan hubungan diplomatik yang baik dengan pihak UTU.
 

Tarikh Input: 27/11/2023 | Kemaskini: 06/02/2024 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXEUDAm~