Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Pada 18 & 19 Julai, Jemaah Pengerusi Blok, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) Sesi 2021/2022 telah mengadakan KOSSAS Sport Day (KOSSPORD) bertujuan memupuk sikap berdaya saing secara sihat antara kolegiat.
Majoriti kolegiat telah turut serta sebagai peserta dan penyokong yang memeriahkan program ini. Antara pengisian program adalah acara bola tampar, futsal, blokaneka dan acara tarik tali. Semoga program ini dapat memupuk hubungan yang lebih akrab di kalangan kolegiat KOSASS khususnya dalam kalangan ahli-ahli blok.
Tarikh Input: 27/06/2022 | Kemaskini: 27/06/2022 | zulkif
KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR DARUL EHSAN.