Kunjung Hormat | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» BERITA » kunjung hormat

kunjung hormat

 
 
 
KELANA JAYA, 9 Februari 2022 - Yayasan Basmi Kemiskinan hari ini telah menerima kunjung hormat daripada Prof. Dr. Ismi Arif Ismail, Pengarah Institut Penyelidikan Sains Sosial (IPSAS) dan Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad Pengetua Kolej Sultan Alaeddin Sulaiman Shah (KOSASS) UPM beserta rombongan.
Pengerusi YBK, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom telah mengalu-alukan ketibaan dan mengikuti sesi perbincangan. Turut bersama, Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Pengerusi Yayasan Bina Kesejahteraan merangkap Penasihat Pentadbiran YBK), En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), serta Ketua-Ketua Jabatan YBK.
Secara dasar YBK, IPSAS dan KOSASS telah bersetuju untuk memperkukuh dan meneroka potensi kerjasama dalam inisiatif membasmi kemiskinan dan membina kesejahteraan.
 
 
 

Tarikh Input: 09/02/2022 | Kemaskini: 09/02/2022 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXEbFAe~