LAPORAN BERITA PROGRAM MINGGUAN: QURAN HOUR | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» BERITA » LAPORAN BERITA PROGRAM MINGGUAN: QURAN HOUR

LAPORAN BERITA PROGRAM MINGGUAN: QURAN HOUR

     
 
 
 
 
 
 
LAPORAN BERITA
PROGRAM MINGGUAN: QURAN HOUR
 
“Sebaik-baiknya Ibadah umatku adalah dengan membaca Al-Quran”. Berdasarkan hadis riwayat Baihaqi ini jelaslah menyatakan bahawa banyak fadhilat yang dapat diperolehi dengan membaca Al-Quran. Pada bulan November dan Disember yang lalu, Kelab Skuad Iqra’, Exco Kerohanian dan Pembangunan Insan Majlis Perwakilan Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah telah mengadakan program Quran Hour pada setiap hari Rabu jam 8.30 sehingga 9.30 malam melalui medium Google Meet. Quran Hour merupakan salah satu inisiatif bagi memberi ruang kepada kolegiat untuk membaca dan memperbaiki bacaan Al-Quran bersama-sama.
 
Kaedah program ini dijalankan ialah pelajar akan dibahagikan dalam beberapa kumpulan lelaki dan perempuan. Selepas dibahagikan dalam kumpulan, setiap kumpulan akan dibahagikan mengikut juzuk dan peserta akan diberikan setiap seorang jumlah ayat yang perlu dibaca. Apabila salah seorang memulakan bacaan, maka peserta yang lain akan mendengar dan menegur bacaan jika terdapat sebarang kesalahan. Rekod bacaan yang terkini akan dicatatkan dan akan sambung pada program Quran Hour yang akan datang.
Pada November dan Disember yang lepas, seramai 39 orang pelajar yang menyertai secara puratanya yang hadir ke Quran Hour pada setiap minggu. Oleh yang demikian, program Quran Hour ini ternyata telah memberikan impak yang positif buat diri para pelajar. Banyak pengetahuan serta nilai tambah yang baru diperolehi dalam program ini. Diharapkan agar program ini terus mendapat sambutan yang baik oleh warga kolej yang tidak lelah berusaha untuk belajar ilmu Al-Quran. Hal ini kerana Al-Quran merupakan salah satu panduan dalam kehidupan manusia.
 
Editor: Nur Liyana Nadirah binti Abdul Razak

Tarikh Input: | Kemaskini: |

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
W1UKbMAj:12:20