Mahasiswa Prihatin: Mengubah Dengan Sukarela | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» BERITA » Mahasiswa Prihatin: Mengubah dengan Sukarela

Mahasiswa Prihatin: Mengubah dengan Sukarela

SERDANG, UPM- Sekretariat Sukarelawan dan Teknologi Hijau, Majlis Perwakilan Kolej (MPK), Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) Sesi 2023/2024 dengan kerjasama Pengurusan KOSASS telah mengadakan UPM@We Reach For You 4.0 Sesi 2 yang disertai seramai 38 orang ahli KOSASS Youth Volunteering Club pada hari Sabtu, 4 Mei 2024. Program tersebut bermula jam 7.00 pagi dan berakhir pada jam 2.30 petang di Rumah Bakti Dato Harun, Ampang.
Menurut Norsyazreen Binti Erman yang merupakan MPK Sekretariat Sukarelawan dan Teknologi Hijau, tujuan program ini dianjurkan adalah untuk mendedahkan aktiviti kesukarelawanan kepada para pelajar supaya mereka dapat turut serta dalam aktiviti-aktiviti kesukarelawanan yang dianjurkan oleh badan-badan kebajikan tertentu di negara kita. Melalui program ini, para pelajar akan didedahkan dengan lebih lanjut mengenai aktiviti sukarelawan yang sering dijalankan oleh organisasi-organisasi yang terlibat iaitu MyCARE dan HULUR Malaysia.
Saudari Norsyazreen juga turut menyatakan Rumah Bakti Dato’ Harun menjadi lokasi pilihan program ini dijalankan atas faktor mahu mendedahkan suasana rumah anak-anak tersebut kepada kolegiat kosass serta mengetahui bagaimana mereka menjalani kehidupan seharian. Ini juga dapat melahirkan sifat empati dan kasih sayang antara kolegiat dan warga rumah bakti Dato' Harun. Norsyazreen juga berharap agar dengan memperbanyakkan lagi aktiviti sukarelawan pada masa akan datang dapat memupuk semangat kesukarelawanan dalam diri kolegiat sekaligus memberi peluang kepada mereka untuk menyertai dan menimba pengalaman baru.
Akhir sekali, diharapkan supaya kerjasama antara NGO luar dan kelab-kelab sukarelawan dalam UPM dapat diteruskan agar kolegiat KOSASS sentiasa didedahkan dengan aktiviti-aktiviti kesukarelawanan agar dapat membentuk kesejahteraan peribadi serta memberi impak positif kepada kolegiat dan komuniti di sekililing.
 

Tarikh Input: 20/05/2024 | Kemaskini: 20/05/2024 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1980/1978
-
W, (12:26:37am-12:31:37am, 15 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]