Majlis Perasmian SUKOL 2017 | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» BERITA » Majlis Perasmian SUKOL 2017

Majlis Perasmian SUKOL 2017

Okt 8, UPM Serdang - Pada 8 oktober acara perbarisan sukol 2017 dijalankan di Kompleks Sukan UPM. Sebanyak 17 buah kolej mengambil bahagian dalam acara ini. Mempertanding kategori maskot terbaik, perbarisan lintas langsung terbaik, moto terbaik dan keseragaman perbarisan terbaik. Pelbagai ragam yang mencuit hati dan aksi dipertonton oleh kotinjen perbarisan sepanjang lintas langsung. Bertemakan we love upm pada tahun ini, KOSASS memilih air asia sebagai tema pilihan kolej. Kontinjen tampak kemas dan formal berpakaian seolah olah juruterbang dan pramugari air asia. Dipenghujung acara, acara yang ditunggu tunggu oleh semua pelajar iaitu pengumuman pemenang untuk semua kategori yang dipertanding dan seterusnya pemenang keseluruhan perbarisan. Sekali lagi tuah nampak di kosass kerana dapat mengekalkan kejuaraan meraka secara dua tahun berturut turut sekali gus memenangi kategori maskot terbaik dan perbarisan lintas langsung terbaik.

 

Motto Terbaik: K6
Maskot Terbaik: KOSASS
Keseragaman Terbaik: KTDI
Lintas Hormat Terbaik: KOSASS 

Perbarisan Terbaik:
5th: K14
4th: KTP
3rd: KTDI
2nd: K17
1st : KOSASS

 

 

 

Tarikh Input: 09/10/2017 | Kemaskini: 16/08/2018 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXDdCAF~