Majlis Watikah Pelantikan Kelab-kelab Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» BERITA » Majlis Watikah Pelantikan Kelab-kelab Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah

Majlis Watikah Pelantikan Kelab-kelab Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah

 

17 DISEMBER 2022 – Majlis Perwakilan Kolej (MPK), Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) Sesi 2022/2023 telah menganjurkan Majlis Watikah Pelantikan Kelab-kelab Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada semua ahli kelab yang bernaung di KOSASS. Antara kelab di KOSASS adalah Usahawan Siswa(U-Siswa), Projek Gempur Tani KOSASS (PGTK), Sartural Fansuri, Gendang 24 Musim, KOSASS Homecoming Club (KHOC), KOSASS Flash Unit (KFU), Kelab Pembangunan Belia Positif, KOSASS Anti-Drug Society, Squad Iqra’ dan KOSASS Youth Volunteering Club (KYVC). Majlis ini dimulakan dengan ucapan oleh pengarah program, Presiden Majlis Perwakilan Kolej (MPK) dan Pengetua KOSASS. Seterusnya para tetamu disajikan dengan jamuan ringkas dan dihiburkan oleh tayangan video pengenalan setiap kelab sebelum majlis penyerahan sijil dilakukan.

 

Majlis yang dihadiri oleh majlis tertinggi setiap kelab ini turut disertai oleh Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid bin Arshad, Pengetua KOSASS dan Pengurusan KOSASS. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan rasa bangga dengan pembentukan kelab yang mampu mencerminkan pembangunan belia di KOSASS, dalam pada masa yang sama beliau berharap agar dengan pelantikan ini, setiap kelab akan bersungguh-sungguh dalam menjayakan aktiviti kelab. Semenjak dari penularan wabak Covid-19, aktiviti yang dapat dijalankan semakin terhad dan terbantut. Semoga gerak-geri dan usaha yang dianjurkan oleh kelab-kelab ini mampu memberikan impak yang besar kepada diri, masyarakat seterusnya kepada negara.

   

 

 

Tarikh Input: 25/01/2023 | Kemaskini: 25/01/2023 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXEaDAw~