MALAM APRESIASI SEMAI BUDI 2023 | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» BERITA » MALAM APRESIASI SEMAI BUDI 2023

MALAM APRESIASI SEMAI BUDI 2023

Majlis Perwakilan Kolej (MPK), Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) Sesi 2022/2023 dengan kerjasama Pihak Pengurusan KOSASS telah menganjurkan Malam Apresiasi Semai Budi 2023 pada 17 Jun 2023 bertempat di Dewan Besar, Pusat Kesenian dan Kebudayaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), Universiti Putra Malaysia. Malam Apresiasi Semai Budi 2023 (MASEB 2023) merupakan satu majlis makan malam perdana KOSASS yang dilangsungkan untuk meraikan dan memberi pengiktirafan kepada pelajar-pelajar tahun akhir yang telah bergiat aktif dalam menyumbang jasa dan bakti kepada kolej. Pada tahun ini, Malam Apresiasi Semai Budi 2023 telah membawa tema Pastel Fairytale dan rama-rama dipilih sebagai simbolik perjalanan pelajar tahun akhir dalam membina kenangan serta pengalaman sepanjang berada di Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah. Selain itu, Anugerah Bakti Dikenang juga telah diadakan sebagai sebuah penghargaan dan penganugerahan kepada pelajar- pelajar tahun akhir yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, kebudayaan dan lain-lain. Terdapat 8 anugerah yang telah disediakan seperti Anugerah Khas Pengetua, Anugerah Alumni KOSASS, Anugerah Berlian Sahmura, Anugerah Perkasa Baiduri, Anugerah Nilam Bestari, Anugerah Perdana Zamrud, Anugerah Pintar, Harmoni, Cemerlang, dan Anugerah Permata KOSASS.

 

Malam Apresiasi Semai Budi 2023 telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid bin Arshad, Pengetua Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah dan turut dihadiri oleh YBhg. Tan Sri Datuk Seri Haji (Dr) Mazlan bin Lazim, Presiden Persatuan Alumni PALAPES U-Putra (ALPUTRA) Universiti Putra Malaysia dan YBhg. Prof Dr. Ariffin bin Abdu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni serta Ybhg. Prof Dr. Ismi Arif bin Ismail, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa. Turut memeriahkan majlis pada malam tersebut adalah Barisan Felo dan Staff KOSASS, Alumni Kolej Kedua, Pengetua-Pengetua Kolej Kediaman, Barisan Pegawai Tadbir, Presiden-Presiden Kolej Kediaman serta penaja-penaja majlis. Kejayaan Malam Apresiasi Semai Budi 2023 adalah hasil kerjasama semua ahli jawatankuasa yang telah bertungkus-lumus dalam menggembleng tenaga dan usaha serta idea yang kreatif dalam merealisasikan majlis makan malam perdana ini.

 

Rajah 1: Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Seri Haji (Dr) Mazlan bin Lazim, Presiden Persatuan Alumni PALAPES U-Putra (AL-PUTRA) bersama isteri dan TNCHEPA, TNCA, Pengetua Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah bersama isteri, Presiden MPK dan Pengarah MASEB 2023

Rajah 2: Pelajar-pelajar Tahun Akhir yang hadir ke Malam Apresiasi Semai Budi 2023

 

Rajah 3: Barisan Istiadat Pedang yang mengiringi perarakan masuk Tetamu Kehormat dan Tetamu Jemputan

Rajah 4: Ucapan Perasmian Oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid bin Arshad, Pengetua KOSASS

 

Rajah 5: Ucapan Pengarah Malam Apresiasi Semai Budi 2023

Rajah 6: Penyerahan Cenderamata kepada Pelajar Tahun Akhir

 

Rajah 7: Persembahan Tarian oleh Kelab Sartural Fansuri, KOSASS

 

 

Rajah 9: Sesi Penyampaian Replika Cek kepada Penaja

 

 

Tarikh Input: 27/06/2023 | Kemaskini: 27/06/2023 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXFCFAW~