MELODI UKHUWAH,IRAMA KEIMANAN | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» BERITA » MELODI UKHUWAH,IRAMA KEIMANAN

MELODI UKHUWAH,IRAMA KEIMANAN

 
 
 
SERDANG, UPM – Festival Nasyid Interkolej (FESNIK) ke-15 baru-baru ini telah dijalankan dengan jayanya pada 29 November 2024 (Jumaat) bertempat di Pentas Utama, Pesta Konvokesyen dan Ekspo Pertanian (PESKON), Universiti Putra Malaysia (UPM).
Pasukan Syumul Ukhwah dari KOSASS telah membawa alunan nasyid bertajuk 'Bintang Syurga'. Muhamad Aiman Hadi Bin Wardi, salah seorang ahli pasukan Syumul Ukhwah berkata “Terdapat beberapa cabaran yang kami hadapi semasa persediaan menjelang FESNIK termasuklah koreografi yang banyak dan ketelitian dalam setiap gerakan.” Hal tersebut membuatkan mereka sukar untuk menghafal dan mengikuti gerak langkah sewaktu persembahan. “Walau bagaimanapun, cabaran ini berjaya kami atasi dengan sering mengulangkaji gerakan dan hasilnya kami berjaya mendapat anugerah persembahan terbaik bagi FESNIK 2024.” kata Saudara Hadi.
Apabila diumumkan sebagai Pasukan Syumul Uhkwah sebagai Persembahan Terbaik, mereka tidak menjangkakan akan dinobatkan Tempat ke-3 kerana saingan dari kolej lain yang sengit. Namun, berkat usaha dan tenaga yang telah mereka curahkan berjaya membawa kejayaan kepada pasukan mereka. Walaupun begitu niat dan tujuan mereka di samping meraih kejayaan, adalah untuk menyampaikan lagu tersebut dengan penuh makna kepada para penonton.
Saudara Hadi berkata “Kami juga tidak sangka dengan keputusan yang diberikan dan bersyukur atas kejayaan tersebut.” Simbolik alunan nasyid yang mereka telah bawakan iaitu 'Bintang Syurga' bermaksud perjuangan. Mereka memperagakan pakaian yang berwarna putih sebagai simbol perjuangan seorang muslim untuk terus berjihad. Akhir kata, mereka mengucapkan terima kasih kepada semua jurulatih yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung atas tunjuk ajar yang diberikan.
Dengan kejayaan ini, diharapkan agar dapat menjadi sumber inspirasi buat kolegiat KOSASS untuk terus menggapai kejayaan justeru mengharumkan lagi nama KOSASS di peringkat Universiti.

Tarikh Input: 10/01/2025 | Kemaskini: 10/01/2025 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1980/1978
-
W, (11:55:35pm-12:00:35am, 14 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]