MENGIMBAU MEMORI BERSAMA BMX | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» BERITA » MENGIMBAU MEMORI BERSAMA BMX

MENGIMBAU MEMORI BERSAMA BMX

SERDANG, UPM- Majlis Perwakilan Kolej (MPK), Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) Sesi 2023/2024 dengan kerjasama Kesatuan Mahasiswa, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) dan Pengurusan KOSASS telah menganjurkan KOSASS BMX RAYA MEET GATHERING, kolaborasi bersama BMX JIRAN yang merupakan sebuah subprogram di bawah Mega Festival KOSASS (Mega FESKOS) 2024. Program ini telah berlangsung pada 27 April 2024 (Sabtu) bermula jam 7.30 pagi hingga 2.00 petang.
Menurut wakil daripada pihak BMX JIRAN iaitu Puan Farah Adura tujuan aktiviti BMX dijalankan di KOSASS adalah untuk menjalinkan hubungan silaturahim antara komuniti BMX dengan seluruh warga KOSASS dan memperkenal sukan BMX yang dahulunya pada era 80-an bergiat aktif dan kini semakin dipinggirkan.
Komuniti yang turut serta menghadiri program juga ialah hasil dari kolaborasi pelbagai kelab iaitu kolaborasi antara BMX JIRAN bersama BMX Seremban, BMX Sijangkang dan 90s Cycle Coat. Program ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran lebih kurang 200 individu dari pelbagai negeri seluruh Malaysia iaitu dari Perak, Johor, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Melaka, Pahang, Negeri Sembilan serta Sarawak.
Akhir sekali, harapan dari wakil pihak BMX JIRAN ialah peningkatan keterlibatan kolegiat, barisan staf serta felo KOSASS dan seluruh warga UPM untuk bersama-sama mereka dalam menyertai pelbagai aktiviti yang telah disediakan agar semangat berkolaborasi antara kedua belah pihak akan terus terjalin. Pihak BMX JIRAN turut menyertakan rasa terima kasih atas kesudian pihak penganjur untuk menjemput BMX JIRAN dan rakan kolaborasi mereka seluruh Malaysia dalam menjayakan program BMX KOSASS Raya Meet Gathering ini.

Tarikh Input: 15/05/2024 | Kemaskini: 15/05/2024 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1980/1978
-
W, (01:30:00am-01:35:00am, 15 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]