01 September 2019 : Merupakan tarikh Pendaftaran Pelajar Baharu Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) Sesi 2019/2020. Seramai 458 pelajar baharu (164 lelaki dan 293 perempuan) mendaftar sehingga jam 5 petang di Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah(KOSASS). Pihak KOSASS mengucapkan selamat datang dan tahniah kepada semua pelajar baharu yang mendaftar.
Pada hari yang sama bermula jam 11 malam pendaftaran dan perpindahan pelajar baharu yang menyertai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) UPM mula mendaftar di KOSASS. Seramai 81 pelajar (29 lelaki dan 52 perempuan) yang menyertai PALAPES pada sesi kali ini dan menjadikan jumlah pelajar baharu di KOSASS adalah seramai 539 orang.

Pelajar memindahkan barang peribadi menggunakan pengangkutan Bas UPM di Bukit KOSASS


Keluarga pelajar membantu menghantar pelajar sehingga ke bilik penginapan


Pelajar mendaftar kolej dan mengambil kunci bilik penginapan

Jualan basikal UPM kepada pelajar baharu yang berminat oleh Koperasi UPM Berhad

Ibu bapa menunggu sementara proses pelajar mendaftar kolej dan mengambil kunci bilik penginapan

Kadet PALAPES turut membantu semasa pendaftaran pelajar baharu

Perpisahan demi masa hadapan

Setelah selesai pendaftaran kolej dan pengambilan kunci bilik semua pelajar baharu perlu berkumpul di Dewan Jauhari dan bermulanya Minggu Perkasa Putra Sesi 2019/2020



Pendaftaran pelajar baharu yang menyertai PALAPES di sebelah malam
Tarikh Input: 07/09/2019 | Kemaskini: 14/10/2019 | zulkif

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR DARUL EHSAN.