PENERUS GENERASI KEPIMPINAN KOSASS | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» BERITA » PENERUS GENERASI KEPIMPINAN KOSASS

PENERUS GENERASI KEPIMPINAN KOSASS

SERDANG, UPM- Pada 17 Mei hingga 19 Mei 2024 yang lalu, telah berlangsungnya Kem Perintis Kepimpinan (KPK) 2024 di bawah anjuran Majlis Perwakilan Kolej (MPK), Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) Sesi 2023/2024 dengan kerjasama Pengurusan KOSASS. Seramai 41 orang peserta telah berjaya mengharungi kem yang diadakan selama tiga hari ini. Objektif kem ini diadakan adalah untuk melahirkan pemimpin KOSASS yang mempunyai daya ketahanan fizikal dan mental yang tinggi.
Pengarah program, saudari Amelia Natasha Binti Mohd Najib sempat memberikan pesanan dan juga harapan beliau kepada semua peserta KPK sesi kali ini, “Harapan saya kepada semua bakal MPK sesi depan adalah mereka dapat menggalas jawatan ini bukan sekadar ingin mendapatkan tempat tinggal yang tetap, malah niat yang perlu ada adalah untuk menjaga kesejahteraan dan berbakti kepada KOSASS. Semoga kalian menjadi pemimpin yang mampu menjadi suara kepada kolegiat agar kalian dihormati dan disanjungi oleh mereka.”
Diharapkan semua peserta yang terlibat dalam KPK dapat mengaplikasikan apa jua ilmu yang diperolehi sepanjang berlangsungnya program ini. Selamat maju jaya diucapkan kepada peserta-peserta yang bakal meneruskan langkah sebagai pemimpin KOSASS.
 

Tarikh Input: 11/06/2024 | Kemaskini: 11/06/2024 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1980/1978
-
W, (01:14:05am-01:19:05am, 15 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]