PENILAIAN KALI KE DUA EKSA 2022 | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» BERITA » PENILAIAN KALI KE DUA EKSA 2022

PENILAIAN KALI KE DUA EKSA 2022

 

KOSASS telah tersenarai di antara 28 ptj yang terpilih bagi penilaian akhir anugerah EKSA. Terdapat tiga kolej kediaman yang terpilih dan KOSASS merupakan salah satu daripada kolej kediaman yang telah disenarai pendek dalam penilaian akhir tersebut. KOSASS telah dinilai oleh En. Mohd Sahrizan Mat Yatim dan Pn. Nor Hasni Zahari pada 6 Oktober 2022 yang lepas.

  

Persediaan oleh staf pentadbiran, felo dan Majlis Perwakilan Kolej telah bermula sejak Jun 2022 yang lepas. Pelbagai inovasi telah berjaya dibuat antaranya, membuat rak menggunakan kayu katil yang telah patah, membuat photobooth daripada lebihan paip pvc, membuat meja daripada paip pvc terpakai, membuat rak dan meja daripada bahan buangan, membuat pasu daripada tong cat dan banyak lagi.

 

KOSASS juga menyambut baik hasrat universiti dalam menyokong usaha ke arah kelestarian hijau dengan membina sebuah kabin bagi kegunaan projek kitar semula, pembangunan projek pertanian pintar, inovasi pemercik air dan banyak lagi. Semoga semua warga KOSASS mendapat manfaat daripada program yang dijalankan.

 video di youtube : klik disini

Tarikh Input: 11/10/2022 | Kemaskini: 29/11/2022 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXEUOAF~