Perbarisan Kejohanan Sukan Kolej (SUKOL) | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» BERITA » Perbarisan Kejohanan Sukan Kolej (SUKOL)

Perbarisan Kejohanan Sukan Kolej (SUKOL)

 
 
 
 
Naib Johan Perbarisan Kejohanan Sukan Kolej (SUKOL)
 
 
 
 
 
Kejohanan Sukan Kolej Universiti Putra Malaysia (SUKPRA) merupakan kejohanan interkolej yang diadakan setiap tahun di Universiti Putra Malaysia (UPM). Perbarisan Perasmian SUKPRA Sesi 2023/2024 telah diadakan pada 17 November 2023 (Jumaat) yang telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia, Prof. Dr. Arifin bin Abdu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Universiti Putra Malaysia. Majlis Perasmian ini dimulakan dengan ucapan daripada Prof. Dr. Arifin bin Abdu sekaligus merasmikan Kejohanan SUKPRA Sesi 2023/2024.
 
 
 
 
Pasukan KOSASS telah berjaya mendapat Naib Johan dalam acara Perbarisan SUKPRA pada sesi kali ini dan telah mengharumkan nama KOSASS. Dengan tema “The Unsung Hero”, pasukan KOSASS telah menghantar seramai 63 orang yang diketuai oleh PK Muhammad Akif Hakim bin Norhisam. Tema ini adalah simbolik kepada wira yang tidak didendang iaitu golongan yang sering berbuat baik kepada masyarakat tetapi acap kali tidak dihargai. Pasukan KOSASS berarak dengan memperagakan busana pewira-pewira negara yang kurang mendapat penghargaan oleh masyarakat seperti atlet, rakyat biasa dan juga tentera sesuai dengan tema yang telah dipilih.
Johan bagi keseluruhan perbarisan dirangkul oleh Kolej Canselor. Manakala tempat ketiga diraih oleh Kolej Tun Dr. Ismail diikuti oleh Kolej Pendeta Za’ Ba dan Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee di tempat keempat dan tempat kelima.
Berkat usaha pasukan KOSASS yang telah bertungkus lumus dalam menyempurnakan perarakan bagi Majlis Perasmian SUKPRA sehingga berjaya dinobatkan sebagai Naib Johan bagi acara perbarisan SUKPRA Sesi 2023/2024 amatlah dihargai. Dengan adanya pencapaian ini diharapkan agar ia dapat membakar lagi semangat dalam diri kolegiat KOSASS untuk berusaha mencapai kejayaan bagi acara sukan yang akan berlangsung pada masa yang akan datang.
Ikuti hebahan kami, follow, like & share di
Sekian, terima kasih.

Tarikh Input: 20/11/2023 | Kemaskini: 20/11/2023 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXFCCAC~