PERTANDINGAN HERO & DEWI INTERKOLEJ UPM | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» BERITA » PERTANDINGAN HERO & DEWI INTERKOLEJ UPM

PERTANDINGAN HERO & DEWI INTERKOLEJ UPM

 
 
 
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan Pertandingan Hero & Dewi antara interkolej pada 25 November 2023 (Sabtu) yang berlangsung di Pentas Utama, Pesta Konvokesyen & Ekspo Pertanian, UPM. Umumnya, pertandingan ini diadakan bersempena pesta konvokesyen UPM yang ke-47 yang bertujuan untuk membuka ruang kepada pelajar UPM khususnya bagi mencungkil dan memupuk bakat di dalam bidang kebudayaan dan kesenian.
Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) telah menghantar tiga orang peserta untuk menyertai pertandingan ini dan ketiga-tiga peserta telah berjaya menerima anugerah iaitu saudari Ainin yang berjaya menerima Anugerah Dewi Got Talent, saudara Mohammad Hakimin bin Zamri yang merangkul Anugerah Hero & Dewi Favourite UPM dan anugerah utama disandang oleh saudari Umairah Farisah Binti Ahmad Yuzri yang berjaya membawa pulang gelaran sebagai Dewi Remaja UPM.
Pelajar Bacelor Sains Dengan Biokimia Dengan Kepujian, Fakulti Sains, UPM iaitu saudari Umairah Farisah Binti Ahmad Yuzri berkata beliau sangat bersyukur dengan pencapaian tersebut. Beliau mengatakan bahawa “Sejujurnya, saya tidak menjangkakan kejayaan ini tetapi saya berasa gembira. Semua ini disebabkan sokongan dan dorongan daripada felo dan juga MPK Kebudayaan dan Kesenian” katanya. Tidak dilupakan juga, saudara Mohammad Hakimin bin Zamri dan saudari Ainin turut berasa terkejut dan gembira dengan anugerah yang dicapai.
Dalam kerancakkan penuh kegembiraan ini, warga KOSASS turut berbangga dengan mengucapkan sekalung tahniah kepada ketiga-tiga peserta ini. Dengan adanya pencapaian ini, diharapkan agar kolegiat KOSASS dapat mengambilnya sebagai pendorong untuk terus bersemangat bagi mengharumkan nama KOSASS dalam pertandingan yang akan datang.
 
 
 
 
 
 
 

Tarikh Input: 27/11/2023 | Kemaskini: 27/11/2023 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXFCGAE~