PROGRAM A DAY WITH ALUMNI (ADWA) 8.0 | KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
» BERITA » PROGRAM A DAY WITH ALUMNI (ADWA) 8.0

PROGRAM A DAY WITH ALUMNI (ADWA) 8.0

 

 

 

 

 

Sekretariat Perhubungan Alumni dan Kerjaya, Majlis Perwakilan Kolej (MPK), Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) Sesi 2022/2023 dengan kerjasama Pengurusan Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah, Persatuan Alumni Palapes U-Putra (ALPUTRA) dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan program A Day With Alumni (ADWA) 8.0 pada 8 November 2022 (Selasa) bertempat di Dewan Kenyalang, Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS).

 

 

Program ini telah menyasarkan seramai 200 orang peserta yang terdiri daripada kalangan mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM). Program A Day With Alumni (ADWA) 8.0 merupakan program bicara ilmu bersama alumni yang diadakan secara berkala bagi memberi pendedahan dan perkongsian kepada mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM). Tajuk perkongsian bagi ADWA 8.0 ini ialah “Penyerlahan Potensi dan Kematangan Kepemimpinan Generasi Muda” yang telah disampaikan oleh Dato’ Wira Wan Ahmad Uzir bin Hj. Wan Sulaiman. Program ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran barisan tetamu jemputan iaitu Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid bin Arshad, Prof. Madya Dr. Amini Amir bin Hj Abdullah, Lt. Kdr. Prof. Gs. Ts. Dr. Mohd Hasmadi bin Ismail. Program ini telah mendapat sambutan yang amat baik dalam kalangan mahasiswa Universiti Putra Malaysia dari pelbagai kolej kediaman seperti Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah, Kolej Tun Dr Ismail, Kolej Pendeta Za'ba dan sebagainya. Pengisian yang padat dan bermanfaat dalam sesi perkongsian ADWA 8.0 ini telah berjaya membuka minda para pelajar tentang kepentingan melibatkan diri dalam bidang kepimpinan ketika di alam universiti.

 

 

 

Program ini juga secara tidak langsung dapat meluaskan jaringan bersama pihak alumni universiti dan menjadi satu nilai tambah dalam kalangan pelajar

Tarikh Input: 29/11/2022 | Kemaskini: 29/11/2022 | zulkif

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SULTAN ALAEDDIN SULEIMAN SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7358/ 7384
-
SXETJA0~